This blog has moved to http://ikhwanhayat.net

Saturday, March 13, 2004

Satu Lagi Koma Kehidupan

Today should be the last day of the semester. At least it supposed to be. Tapi aku Isnin masih kat sini, kena hantar tesis. Dan member2 aku kena present hari Selasa (mungkin jugak Rabu), jadi kena stay sampai Rabu mungkin. Atau Rabu tu mungkin aku bertolak balik. Hari ni aku kena hantar balik WLAN adapter ni, jadi inilah post terakhir aku dari bilik aku ni yang terletak di Kolej12, UTM.. yang akan aku tinggalkan beberapa hari lagi, sambil mengakhiri zaman persekolahan aku ini. InsyaAllah.. sedih sedih.. Satu lagi koma kehidupan. Koma iaitu tanda ",". Selalu org sebut "noktah kehidupan", tapi saat2 mcm ni aku anggapkan sebagai "koma". Di mana kita berhenti sebentar dan mengukur ayat mcm mana yg kita ingin tuliskan selepas itu. Selepas ini aku kena mencongak apa yg aku nak buat bila berada di alam pekerjaan. Alam yg tak pasti mcm mana nanti. Tapi yg pasti lebih sukar, lebih mencabar kematangan dan kedewasaan. Sepatutnya hari ini aku nak tulis post yg lain sket dari ini, tapi hari ini sibuk. Hari ini officially ialah hari mengangkut barang. Kiri kanan ada sahaja org mengangkut barang ke hulu ke hilir. Aku tak sempat nak karang, aku kena karang post tersebut supaya jadi supaya "special" sedikit. Jadi nantilah ye, harap tungguuuuu.. Dan aku nak release publicly URL blog ni ke http://www.cakarharimau.com Special for you, my friends, thanks for passing by, and hope you'll get something from here.. This is me, this is things that I can't express verbally and physically. This is me inside...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home