This blog has moved to http://ikhwanhayat.net

Friday, August 27, 2004

Gluttons at Renaissance

Wuih kenyang siyut! Company bos aku tahun kewangan lepas ni lapat-manyak-untung. Jadi petang ni pukul 6.30-8.30 semua pekerja dijemput memenuhkan tembolok masing2 di Vogue Cafe, Renaissance Hotel. Kebanyakan staff tidak melepaskan peluang menyertai acara ini. Masing2 telah berlatih dengan mengosongkan perut sejak pagi lagi. Pesta makan2 ni aku telah aku bahagikan kepada beberapa pusingan. Pusingan Pertama

  • Daging ayam campur2 kacang - ayam tu dia dah hancur, pastu dia mampatkan balik campur kacang.
  • Smoked duck breast - dada ye, bukan buahnya.
  • Mushroom - Kulat, rasa mcm mana tak pasti la, sbb dah bercampur2.
  • Sushi - sedap pulak. Last time aku makan tak sedap, sbb sushi murah cap ayam kot
  • Wasabi - ni aku ambik sikit je, ingat nak rasa la. Pedas dia lain mcm.
  • Tiram - Aku nak try jugak, mahhal ni. Member aku cakap makan dia telan je, jgn kunyah nanti rasa nak muntah. Aku telan je, tu pun masih rasa nak muntah. Rasa mcm sushi. Agaknya la, kan aku telan je. Mentah aku rasa benda ni.
  • Kepah - La aku ingat macam tiram, tak payah telan la patutnya tadi. Nasib baik tak tercekik.
  • Udang - Mula2 aku nak ambik tapi memikirkan macam mana la aku nak kopek kulit dia, tak jadi lah.
Pusingan Kedua
  • Spaghetti - Erm ok la, takde la best sangat.
  • Tuna dalam aluminium foil - Oh sedap ni. Ikan tuna kot. Sebab tekstur dia mcm ikan sardin. Kalau tak tuna mungkin salmon.
  • Kentang - Buang masa, aku ingat fishball/meatball.
  • Roast lamb - Tak sedap sgt, takde rempah. Rasa macam sushi pun ada.
Pusingan Ketiga
  • Kek - Fuiyoo sedap. Manis2. Yang masam. Macam2 ada.
  • Buah - Ehemmm. Dragon fruit, strawberry, tembikai, tembikai susu, pic.
Rehat
  • Solat maghrib - Sibuk2 makan jangan lupa solat pulak.
Pusingan Empat
  • Kopi - Dah separuh cawan baru aku perasan ada susu kat tepi aku.
  • Kek - Kek lagi, ada banyak tak try lagi. Banyak betul kek.
  • Sushi - Kan aku dah kata sedap. Ada satu yang ketam tu lagi lazat. Kali ni cicah soy-sauce. Rugi aku dah kenyang.
Pusingan Akhir
  • Kolam renang - Menjamu mata pulak tengok orang berenang. Nasib baik orang berenang dalam air, kalau kat udara mesti lagi best.
Lepas tu aku balik la. Dah kenyang dah. Aku sebenarnya tersilap strategi, tengahhari tadi aku makan. Kalau tak mungkin ada beberapa pusingan lagi kot. Balik ni aku lalu Jln Sultan Ismail - Jln Kuching - Jln Ipoh. Tak pernah lagi lalu jalan ni. Senang je rupanya.

6 Comments:

At 8/28/2004 12:14:00 pm, Blogger analogi said...

huh, boleh propose utk acara olimpik baru dekat China nanti ... kalau ko masuk, mesti dapat emas ni ... go go GO!

 
At 8/28/2004 12:18:00 pm, Blogger Ikhwan Hayat said...

Bagus jugak cadangan ko ni. Tak pasal2 aku bleh jadi atlet terkenal nanti :)

 
At 8/28/2004 12:27:00 pm, Blogger Ikhwan Hayat said...

Nampak je mcm byk, sbb aku amik semua sikit2, baru la merasa semua. Kalau ambik satu jenis byk, nanti tak sempat nak rasa semua dah kenyang.. Tapi makanan mmg byk betul laa.. Ini mesti kita lapat-manyak-untung gila2 ni..

[quote="Filem Buli"]
Kuli1: Tahun ini syarikat kita bla bla bla..
Bos : Eh eh, apa celita panjang2. Cerita untung sudah la. Ni saya mau kasi tau, tahun ini kompeni kita lapat manyak untung!
Kuli2: Bos, bos. Salah bos. "Tahun ini syarikat kita mendapat keuntungan yang besar".
Bos: Mutut, mutut. Apa lia cakap manyak mutut.
[/quote]

 
At 8/30/2004 03:43:00 pm, Blogger Ikhwan Hayat said...

ye nanti.. nanti.. tunggu aku kaya..
ada member sekerja cakap makan tak berapa best.. bagi aku dah lebih dari best dah tu.. aku teringin nak makan sushi lagi lah :)

 
At 10/20/2004 10:13:00 am, Blogger CJ Housewife said...

huhu...best gak mknan kat sane...aku mase g bengkel DBP tu pon makan camtu gak la..dua hari aku blasah kek keju..manyak sedap gak...emm...kalo sushi tu aku tak bule telan...lauk lain ok gak..penah sorg staf aku die bedal udang je..byk lak tuh...dh le prut byk besar..hehe..terkutuk plak..hehe..sorry ye abg harry..hahaha...

 
At 10/20/2004 10:32:00 am, Blogger Ikhwan Hayat said...

ahaha puasa2 ni cerita makan2 plak, laparnyaa..
sushi tu sedap la, rugi la kalo tak try, yg aku try ni haiwan2 mentah tu tak byk sgt, jadi tak berapa loya la..
uuuh lapar2.. hemmmph.. hemmpph.. kawal nafsu..

 

Post a Comment

<< Home