anti-keseronokan (old)
Fun Stuff for Anti-Fun People
This blog has moved to http://ikhwanhayat.net
Thursday, May 12, 2005
Baca Tidak Faham
Seumur hidup berapa kali kau sudah khatam Al-Quraan? Banyak? Berapa kali pula kau khatam baca maksud ayat-ayatnya? Yasin yang kau baca malam-malam Jumaat itu pula kau tahu maksudnya? Al-Fatihah yang kau baca hari-hari itu macam mana? Tahu?
"Dan Kami tidak mengajarkan kepadanya (Muhammad) syair, dan bersyair tidaklah layak baginya. Al-Quran ialah peringatan dan kitab yang terang. Supaya dia (Muhammad) memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup dan ketetapan azab terhadap orang-orang kafir."Yasin, ayat 69-70

3 Comments:
khatam al-quran? seingat aku sekali ja kot.
banyak? tak banyak sebab sekali.
khatam maksud ayat? 2 tiga ayat ada la kot.
maksud yasin? dikatakan surah yasin tu jantung al-quran dan banyak kebaikannya mcm mudah makbul doa.
maksud al-fatihah? dulu masa sekolah ada hafal sebab masuk periksa, tapi dah lupa.
sebab apa baca al-quran? adakah sebab org lain baca? adakah sebab mak bapak, ustaz suruh baca? sebab dah amalan sejak dulu kala? nawai2 tu penting. apa pendapat ko?
Apa yg aku nak ketengahkan kat sini sebenarnya, Al-Quran tu bukan sekadar dibaca ayat2nya, tapi lebih penting lagi utk difahami.. Bacaannya shj tak akan menyelamatkan kita dari api neraka, tapi memahami dan mengikuti apa yg disampaikan didalamnya itu yg penting..
Fahami terjemahan ayat dari surah Yasin tu..
Masa dulu aku pernah amalkan, baca 2-3 page Al-Quran tu, lepas tu baca terjemahan dia.. lepas tu sambung baca ayat Arabnya..tapi separuh jalan je,tak sampai khatam.. cuba la buat, mesti ko akan terasa something..
pernah..pernah buat. masa bulan posa. rajin sekejap. mmg rasa la something. tapi tak abis jugak..hehe
Post a Comment
<< Home