This blog has moved to http://ikhwanhayat.net

Wednesday, November 30, 2005

Counter-attacking Lawak "Beli Satu Je"

Pernahkah anda dikenakan dgn lawak tipikal seperti berikut:

Anda :
Wah, henfon baru! Mahal ni, berapa kau beli?
Opponent :
Aku beli satu je...
Niat ikhlas anda utk bertanyakan harga barangan tersebut dibalas oleh opponent dgn jawapan yang macam bagus. Cis, memang lah kau beli satu unit je. Lawak tersebut, walaupun dangkal, tetapi serba-sedikit dapat menjejaskan cool anda. Namun jangan terkesima, anda dapat meng"counter-attack" lawak macam bagus itu. Anda cuma perlu bertenang, tarik nafas, dan dgn secara bersahaja meneruskan perbualan seperti berikut:
Anda :
Oh, beli satu je. Apesal tak beli dua, boleh kasi aku satu!
Opponent :
Buat apa nak kasi kau. Pakcik angkat jiran sebelah rumah posmen aku pun aku tak belikan.
Anda :
Mahal sangat ke? Kalau beli dua berapa harganya?
Opponent :
Ringgit Malaysia dua ribu dua ratus.
Lihat, bukan sahaja anda dapat mengekalkan cool anda, namun persoalan yang bermain di benak pemikiran anda dapat terjawab. Malahan anda dapat mengumpul lebih banyak cool points!

7 Comments:

At 11/30/2005 03:47:00 pm, Anonymous Anonymous said...

hahah satu tips yg canteeekkk

 
At 11/30/2005 04:03:00 pm, Blogger Ikhwan Hayat said...

bukan shj canteeekkk, tapi juga cooooolll.. muahahahah

 
At 11/30/2005 04:14:00 pm, Anonymous Anonymous said...

ahaks...

 
At 11/30/2005 04:19:00 pm, Blogger Ikhwan Hayat said...

bukan shj ahaks, tapi juga cooooolll.. muahahahahhahahahha

 
At 12/01/2005 09:03:00 am, Blogger hueylyn said...

tak pernah orang jawab saya macam tu pun....

 
At 12/02/2005 09:48:00 am, Blogger kitchenkidscoffee said...

oo..itu mcm ka? it seemed that i always loose my cool lah kalo gitu :P

 
At 12/05/2005 01:03:00 pm, Blogger Ms Nurul said...

aku pon slalu jawab "beli satu laa.." dan tersenyum kambing heheh..
kalo ramai org ikut petua ko nie, nampaknya aku kena la cari idea nak jawab spy aku nampak lagi cool..

 

Post a Comment

<< Home