anti-keseronokan (old)
Fun Stuff for Anti-Fun People
Saturday, December 31, 2005
Selamat Happy New Year 2006
Tahun baru datang lagi. Dan utk menyambut tahun baru ni, tiada cara yg lebih baik lagi selain dgn menukar layout baru. Yeaaarggh. Pada korang yg baca lalu RSS reader tu mari2lah datang sini tengok. Layout baru yg hijau2 ni lagi simple and clean. Rasanya lebih senang nak baca kan? Kat kiri ni dia boleh toggle tau display dia. Tekan tanda "+" utk expand. Dengan mouse lah, ko tekan dgn jari buat apa. Buat mcm ni boleh kurang serabut sikit la. Blog aku ni penuh perkataan je. Amacam? OK? Any comments? Tahun 2005 utk aku has been quite ok la jugak, but of course it could be better (eheh, manusia mana pernah puas). Harap2 tahun depan akan lebih baik lagi. Bukan shj lebih baik, tapi juga lebih menarik, lebih kaya, lebih bersungguh2, lebih pandai, dan lebih kurus. Yeaarghh. Mcm biasa la hujung2 tahun ni, ramai orang pakat2 pasang azam tahun baru. Dan ramai jugaklah yg officially gagal utk capai azam tahun lama, masa dah tamat dude. Tapi takpe, boleh carry forward ke tahun baru apa. Baki bawa ke hadapan. Pertukaran tahun jugak bermakna usia anti-keseronokan juga dah bertambah. Sebab my first post was on Disember 29th, so kita sambut sekali la ye. Tutup buku 2005 bermaksud sudah 2 tahun anti-keseronokan menyampaikan dakyah dan kata2 karut kepada masyarakat umum. Terima kasih berbakul2 la pada korang para pengunjung yg sudi singgah ke blog yg tak seberapa ni. Terutama pada yg sanggup membuang masa dan tenaga menulis comment kat sini. Arigato! Pada yg belum pernah tulis comment tu, sudi2lah tulis ye. Malahan pula sempena tahun baru ni, anti-keseronokan akan mebuka satu tawaran hebat. 100 penghantar comment terawal akan berpeluang utk menulis comment sekali lagi! Wow, jgn lepaskan tawaran hebat ini!! (Bateri dijual berasingan). Selamat Happy New Year! Semoga tahun 2006 lebih baik utk kita berbanding tahun ini. [Update]It's 1st Jan already. And I'm stuck here in front of my PC. Owh, what an anti-keseronokan new year's eve this is.. yay!

12 Comments:
Lalala.. Layout baru kena test comment, kuar elok ke tak.
wah, sudah berwajah baru, hehe
tu la, pakai layout baru.. berwarna ijau!
Wah... nice layout... nie yg membuatkan aku membara menukar layout jugak... hihihih... :P
Hehe..
Aku bab pilih color mmg sengal sikit, penat woo pilih.. last2 dpt kaler ni ok gak.. hijau ni nama dia OliveDrab.
At the top sekali, atas garisan tu, nampak kosong la.. kena revamp sikit ni.. nak letak apa eh?
Mari mulakan tahun baru dgn resolusi baru.. iaitu resolusi 1152x864 ..
aha...very nice layout..color also nice...segar jek mate..kalo idak...sakit jek mate aku nak nengok ur font...kecik bangat dooo..nice..nice..very nice...
nice ke? thanks :P
ko pakai resolution besar2 bangat buat pe, tu la font nampak kecik.
"Now with enhanced luser experience " ...
nice.. :) hepy new year
LOL. hepy new year to you too ashiena.. :)
eh ko punye font dl mmg kecik le...ampeh le ko nih...isk...
bila mau blanja? nasi minyak ka...hahah
hemm..rasa dulu punya layout lg kemas..hehe.lantakla kan, ko punya blog. people changed, layout changed. hpy new year!
noyu: jgnlah bertanya bila org nak belanja kau, tapi tanyalah bila engkau akan membelanja orang..
aslilin: dulu lagi kemas?! kau punyai twisted sense of kekemasan..
Post a Comment
<< Home