This blog has moved to http://ikhwanhayat.net

Saturday, July 10, 2004

Petualangan .NET: The Plague Has Started

Aku seorang penyokong Open Source, maka oleh itu adalah "sunat" hukumnya untuk aku membenci Microsoft. Aku memang kagum dengan developer2 PHP, Java, Apache, Mozilla, OpenOffice.org dan yang lain2 lagi yang sanggup mengeluarkan benda2 ni dengan PERCUMA! Aku kagum dengan falsafah "free software". Sebolehnya memang aku cuba untuk menggunakan free software ni dan mengelakkan proprietary software (khususnya dari Microsoft). Tapi, kerja baru aku ni kena pakai Ms .NET Framework dan Visual Basic.NET. Dah la kena pakai produk Ms, lepas tu VB lagi pulak tu. Aku ni dah la "orang C", malah membenci VB. Aduh! Aku akui .NET memang power, apa lagi bila aku cuba buka Ms Visual Studio .NET dan bermain dengan Web Forms. Sekejap2 keluar perkataan seperti "wow", "wah, boleh buat camni ke?", "damn thats cool", dan "dang, is it this simple?". Memang aku tak boleh nafikan kehebatan .NET. Tapi dilubuk hati, aku sebenarnya "gembira" kerana *dipaksa* menggunakan .NET ni, kuranglah sikit rasa bersalah yang timbul sebab membelakangkan semangat Open Source. Aku rasa memang tak dapat menahan nafsu dari daya tarikan .NET ni, aku terpaksa memadukan kau Open Source. Nampaknya aku perlu akur dengan kekuasaan Microsoft... Alam pekerjaan ni nampaknya sudah mula mengubah prinsip pegangan aku. Entah apa pulak akan berubah lepas ni. Nasib baik ada awek kat atas tu, yang setia muncul setiap kali aku buka MSDN Library - Visual Studio .NET 2003.

4 Comments:

At 7/21/2004 10:44:00 am, Blogger analogi said...

huh! mmg senyuman yang menawan ... ni baru aaa semangat nak buat PSM! ahaks! kena install MSDN ni ... kuikuikui

 
At 10/20/2004 09:37:00 am, Blogger CJ Housewife said...

klakar la korg nih...hehehe..hahaha...awek tu mmg cun laa...ala, ok jek .NET ni...kalo terer dedua dh ade keelebihan kat situ...so, okla tu abg halim..erkk

 
At 12/15/2004 02:47:00 am, Anonymous Anonymous said...

akhirnya.. ko mengaku jugak ... kekekeke >:)

-duan-

 
At 12/15/2004 09:01:00 am, Blogger Ikhwan Hayat said...

cis, malu aku.. takde ah, aku takde fanatik mana2 pun, mana elok aku pakai, mana berguna aku belajar..
lagipun Ms sekarang dah baik dah, byk bagi mende2 free, mcm MSDE, support open source jugak sikit2..

 

Post a Comment

<< Home