anti-keseronokan (old)
Fun Stuff for Anti-Fun People
Monday, August 30, 2004
Tainted History
Hari Sabtu 14/08/2004 tarikh bersejarah aku diberikan ijazah, mungkin hanya inilah sekali seumur hidup. Kawan aku kata pada pagi Jumaatnya, semasa aku nak pergi ke raptai, katanya these are the two most important days in my life. I'm supposed to be cherishing the moments, but I didn't. Forced not to, at least thats the way I'm remembering it.
Aku datang ke Skudai awal pagi Jumaat. Aku rasa biasanya aku boleh bangun bila bas berhenti, dan kali ni memang aku bangun pun tapi masa tu bas dah sampai ke Larkin, aku nak turun kat Skudai. Masa dia berhenti kat Skudai aku tak tersedar. Masalah betul ni, nak naik teksi mau kena RM20 paling kurang, naik bas biasa lambat lagi baru mula operasi. Nasib baik 2 orang member baik sanggup meredah embun dinihari jemput aku kat Larkin. Terima kasih untuk mereka, sanggup naik motor jauh2 untuk secawan kopi dan segelas milo ais.
Dah la kat stesen bas tu sipi2 kena pau dengan sorang mamat ni, kata takde duit nak balik kampung, nak pergi Kangkar Pulai. Mintak aku RM3. Sambil tersengih menghina aku cakap kat dia tak payah la nak tipu aku, aku dah la tengah bengang ni. Kang silap2 ada pulak mat pau kena belasah masuk surat khabar, dan graduan tak dapat ambil sijil pulak kang.
Hari Sabtu tu aku bangun lambat, sebab malam tu aku tengok VCD yang aku jangka best, tapi tak best pun. Tergesa-gesa aku mandi dan qada' solat Subuh. Paling2 aku tak mahu memulakan hari ni dgn tak solat, tu lah kecacatan paling hina. Selepas mendaftar aku pun berbaris dan duduk dgn bakal2 graduan lain yang rata2nya berkulit lebih putih dari aku. Aku tak ada kawan, diam. Cuma sekali2 aku tegur mereka, dan mereka tegur aku. Cukup sekadar memecah bosan mendengar ucapan (baca: bacaan) dari jemputan VVIP.
Penyampaian ijazah lancar sahaja, dan sekejap. Yang lamanya duduk menunggu. Habis sahaja majlis terus semua meluru keluar dewan, termasuk aku. Diluar aku disambut oleh muka penat adik2 aku yang menunggu sejak pukul 8 pagi, waktu itu pukul 1 tghhari. Spoil betul. Langsung tak menggembirakan. Emak abah dan adik2 tenggelam timbul dalam lautan manusia ketika itu menambah lagi kekalutan. Bila semua dah bersatu, maka sesi bergambar cuba dilaksanakan. Adik2 aku yang ambil gambar, tak lawa. Aku tak salahkan mereka, memang mereka tak berpengalaman gunakan kamera. Dan aku rasa mereka pun tak faham kenapa pentingnya mengambil gambar bersama2 waktu itu. Mereka dah penat, aku tak salahkan mereka. Dan mereka pun tak tahu, sebab tak diberitahu.
Kawan2 satu lab masa sebulan aku jadi RA sekejap dulu datang, bawa bunga ros hidup dan satu frame gambar. Aku tak sangka diorang ingat kat aku. Terima kasih banyak untuk mereka. Terima kasih juga untuk kawan2 yang hantar sms ucap tahniah, terima kasih sebab ingat kat aku. Aku panjang2kan leher tengok kalau2 ada kawan2 lain lagi yang ingat kat aku lagi. Hampa, tak ada. Aku rasa memang aku tak ada kawan, kenalan mungkin, tapi tak sampai tahap kawan. Begitulah agaknya. Aku tak salahkan siapa2, sudah begitu keadaannya, kecewa aku datang mungkin pada sebab yang tidak patut. Kenalan2 aku tu waktu itu ramai yang masih dikampung sebab waktu tu cuti semester. Dan mungkin mereka sibuk dengan hal masing2.
Lepas tu aku tergesa2 pulang jubah, kemudian ambil sijil dan transkrip, sebab aku terpaksa tergesa2 pulang dengan mak abah. Begitulah hari bersejarah dalam hidup aku itu berlangsung. Aku pada awalnya memang merasakan majlis ini seperti sia2 dan menyusahkan. Tapi masih mengharap agar berlaku sesuatu yang akan merubah tanggapan awal ini, tapi tidak, "sesuatu" itu tidak terjadi. Bagi aku sudah cukup detik gembira sewaktu aku membuka laman aimsweb melihat slip result terakhir, sambil di sisi aku mak aku yang kemudiannya mencium pipi aku. Dan disebelahnya abah aku, yang tersenyum lebar kerana tidak perlu membayar pulang pinjaman PTPTN.. Rasa puas tu dah cukup untuk aku, sebab aku tidak layak terima lain2 balasan..

3 Comments:
lohh..sian ko ekk..kovo takde sape dtg..aku pon mase tu g pekse KPLI..hahaha...erkk, best n syahdunye psl mak ko cium ko..rase nk gak la mak aku cium aku..hehe..makkkk...kiss mee...huhuhu..
kita senasib lah 1kH... at least u have ur x-lab friends dtg jengah.. during my time.. none hahaha...
apapun aku mohon ampun lah tak sempat nak kasik ko apa2 n tak jgh ko jugak.. bz ngan urusan cb aku.. sori dude.
at least waktu terserempak ko tu kira oklah kan? haha..
apapun tahniah.. walau amat2 terlewat aku ucap ni keke..
-duan-
walaupun amat terlewat, aku ucap terima kasih jugak atas ucapan tahniah tuh.. :)
Post a Comment
<< Home