anti-keseronokan (old)
Fun Stuff for Anti-Fun People
This blog has moved to http://ikhwanhayat.net
Monday, November 29, 2004
Kenderaan Yang Paling Laju Di Alam Semesta
Ini kapal milik syarikat courier Planet Express. Dikatakan kapal ini adalah kenderaan yang paling laju di alam semesta. Ia mempunyai enjin yg menggunakan Dark Matter -bahan yg paling padat strukturnya di alam semesta- sebagai bahan api. Bagaimana enjin ini berfungsi sehingga ia boleh mencapai halaju luar biasa ini? Mengikut penciptanya Prof. Hubert Farnsworth, objek biasanya bergerak melalui ruang, tetapi enjin ini berfungsi secara songsang, ia menggerakkan ruang yang berada disekeliling objek! Hebat bukan!
Hehe, ini cuma fiksyen, dari cerita kartun Futurama. Pada aku ini adalah kartun yg paling hebat di alam semesta. Ia bukan sekadar komedi, tetapi komedi yg luar biasa bijaknya! Mengagumkan.. Macam mana la diorang boleh dapat idea utk buat lawak macam tu? Setelah aku selidik rupa2nya penulis2nya mempunyai PhD dan Master dlm bidang matematik dan sains. Pelik? Tapi hebat!
Lagi satu yg peliknya, enjin tu rupa bentuknya seperti enjin stim lokomotif, yang pakai arang batu tu :D


0 Comments:
Post a Comment
<< Home