anti-keseronokan (old)
Fun Stuff for Anti-Fun People
Thursday, November 11, 2004
Bengkel Pengenalan Object Modeling
Ahad minggu lepas geng2 programming kat ITTutor buat Bengkel Object Modeling dekat AIKOL, UIA. Bro Hamdi jadi cikgu, bro mnajem jadi organizer. Memang menarik. Bengkel ni mengikut kata bro hamdi hanyalah pengenalan (mcm advance je :) Aku sebenarnya kenal la juga Object Modeling ni, tapi tak mahir. Dulu masa kat U mmg ada belajar UML sikit. Aku ajak member2 lain pergi. Yg ikut sekali dgn aku ialah cokelat, abijan dan iza8. Ok la tu, jumpa dgn abijan kat Terminal Putra Gombak, dia angkut naik kereta dia. Cokelat naik kereta sendiri sampai UIA. Abijan jadi org penting sebenarnya dlm kembara ilmu ni, selain menjadi driver dia juga lebih mahir bab2 design ni sebab dia major Kejuruteraan Perisian. Aku budak Graphic, apa lah yg aku tahu :) Object Modeling ni kalau dlm fasa pembangunan perisian adalah terletak dalam analisis dan juga design. Melalui OM, kita menyusun sistem dlm bentuk objek2, dan objek2 ini akan berinteraksi utk menjalankan tugas2 mengikut user requirement. Setiap objek mempunyai responsibility/tanggungjawab sendiri dan dia akan menjalankan tanggungjawabnya menggunakan 3 konsep yg membentuk skop bagi objek tersebut. Konsep tersebut ialah:
Methodology analysis bro hamdi terdiri dari 3 peringkat; [Use Case]-->[Object Model]-->[Sequential Diagram] yg sebenarnya bekerja secara "segitiga". Ia dijalankan secara berturutan, tapi jika misalnya bila dah sampai ke sequential diagram terdapat perubahan yg ingin dilakukan, kita juga mesti melakukan perubahan tersebut pada object model kerana mereka mesti tally antara satu sama lain.
- 1) Collaboration
- kerjasama/hubungan dengan objek lain
- 2) Behaviour/Kelakuan
- perbuatan yg memanipulasi data, diterjemah dlm kod sbg method
- 3) Data
- data tu variables la
Selain itu, bro hamdi juga ada menggunakan pattern utk mendesign object model. Pattern ni ialah seperti "template" (kata abijan) atau a set of "rules". Sesuatu yg biasa dilakukan dalam sesuatu keadaan. Pattern boleh bertindak membantu design kita sbb ia dah diuji dan diamal oleh orang yg terdahulu, jadi macam contoh. 3 jenis pattern yg diajarkan:
- 1) Use Case
- Utk capture user requirement. Perjalanan sistem digambarkan melalui set-set "aktiviti" atau "senario" dimana satu senario akan membentuk satu use case. Aktiviti2 dalam satu2 use case disusun dlm numbered list. Use case bagi mock user requirement yg digunakan sebagai contoh dlm bengkel ni ada di sini
- 2) Object Model
- Di sinilah proses paling penting, objek2 dicipta dan disusun berdasarkan use case. Objek2 dilukiskan sebgai kotak2 dan ada garisan antara kotak2 tersebut yg merujuk kepada collaboration antaranya. Rajah ini dinamakan object diagram.. eh ke class diagram.. eh entahlah. Sekali lagi ditegaskan, sistem dibahagikan kepada objek (method and data is encapsulated in it), hence the name "object oriented analysis/design", tidak seperti cara lain yg aku tahu (baca: ingat-ingat-lupa) menggunakan DFD (Data Flow Diagram) yg menggambarkan sistem dgn behaviour2 sebagai kotak2 dan data sebagai garis yg mengalir antara kotak2 tersebut.
- 3) Sequential Diagram
- Object Model hanya dpt menggambarkan kewujudan entiti2 objek dan hubungan2 antara mereka secara statik. Sequential diagram perlu ada utk menggambarkan collaboration secara sequential (turutan). Satu objek akan melakukan sesuatu atau meminta objek lain melakukan sesuatu. Seterusnya objek kedua akan meminta objek lain melakukan sesuatu dan seterusnya. Melalui diagram ini kita akan dpt melihat flow bagi sistem tersebut.
Satu ciri yg paling aku suka bila gunakan cara Object Oriented ialah code reusability. Khususnya melalui konsep inheritance. Selain tu sbb adanya encapsulation maka kod lebih portable, mudah nak digunakan ditempat2 lain. Aku dah nampak benda ni dari dulu lagi, sebab tu aku berminat nak mendalami OOP/OOA/OOD. Adanya bengkel ini dah menambah lagi pendedahan kegunaan OO ni. Aku rasa aku dapat tangkap sebagian besar konsep2nya tapi masih tak mahir nak menggunakan object modeling ni. Mungkin perlu lebih byk latihan dan pengalaman menggunakannya. Macam kata bro hamdi, benda ni tak boleh belajar hari ni esok terus pandai. Terima kasih bro hamdi sebab sanggup buat bengkel ni, bulan2 puasa pulak tu :)
- 1) Party-Role
- bila satu orang boleh bertindak menjalankan pelbagai tugas. Seorang boleh bertindak sebagai guru, bapa dan ajak PIBG.
- 2) Moment Interval (MI)
- kewujudan objek mengikut masa. Kelas 3Mawar adalah satu objek. Kelas 3Mawar tahun 2000 dan Kelas 3Mawar 2001 adalah objek MI.
- 3) Item-LineItem
- Suatu objek boleh mempunyai item2 (aku sebenarnya tak berapa paham :P ). Contoh: "pembelian" adalah satu objek, ia mempunyai item-item seperti "sayur", "minyak masak", "ikan masin" etc.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home