This blog has moved to http://ikhwanhayat.net

Thursday, January 20, 2005

Salam 'IdulAdha 1425H

Selamat menyambut Hari Raya Qurban 1425H, dengan ucapan "berapa ekor lembu korban tahun ni?". Aku korban ekor lembu je, eh taklah, ekor lembu pun tidak. Aku tak cukup harta lagi utk dikorbankan. Pada yg sedang menunaikan haji (sempat log on net ke?), didoakan semoga dapat haji mabrur. Pada yg buat korban tahun ni, bagus2, semoga diterima dan diberkati oleh Allah. Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)
Sumber: http://www.al-azim.com/haji/qurban/dalil.htm Aku dah terbayang2 sup tulang ni :) Tahun lepas aku tolong potong2 tulang lembu korban kat fakulti, punyalah penat tangan. Keras tu tulang2 tu. Kapak pun sampai sumbing. Lenguh tangan seminggu tak hilang. Dah berapa tahun rasanya aku tak raya qurban kat kampung, seronoknya tengok lembu kena sembelih.

1 Comments:

At 1/24/2005 06:05:00 pm, Blogger Ikhwan Hayat said...

waduh kenyangnya makan sup tulang.. sungguh lazat..

 

Post a Comment

<< Home