This blog has moved to http://ikhwanhayat.net

Monday, January 03, 2005

Assalamualaika 2005

3 hari sudah berlalu dgn 2005 dlm tarikhnya (err, 2 hari telah berlalu dan 1 sedang berlalu). Tahun baru dan malam tahun baru kali ni agak lain sedikit. Pada org ramai mungkin sebab tak ada pesta mcm biasa, ganti dengan solat hajat dan doa. Bagus Pak Lah, bagus... Pada aku, ermm, ada la sesuatu. Belum boleh cerita, ada lah... Kalau tahun baru macam biasa lah, mesti nak tanam azam punya (walaupun tanam azam tahun lepas, terus terkubur tak tumbuh2). Tahun ni aku berazam utk jadi lebih berani mengambil risiko, bijak menangkap peluang yg datang, dan menukar beberapa paradigma yang perlu aku tukar. Psst, tips utk membuat azam tahun baru: Be as vague as possible. Biar kabur je maksudnya. Gunakan perkataan2 bombastik dan mempunyai interpretasi yang berbeza2 mengikut cuaca. Nanti bila hujung tahun nanti, bila kita perlu evaluate sama ada azam tu berjaya dicapai atau tak, kita boleh menilai secara kira cincai sahaja. Faham ke? Contohnya; bila hujung tahun aku akan berkata, "Oh, aku rasa aku dah manfaatkan beberapa peluang bagus, sambil mengambil risiko2 yg perlu, dan aku pun dah berjaya tinggalkan bbrp tabiat lama". Kira tercapai la tuh... Maka aku pun rasa bangga kerana berjaya mengotakan azam tu, walaupun pada hakikatnya tidak. Atau tidak seberjaya seperti mana yg diharapkan pada awal tahun :) Tapi seriously, I do have some concrete.. eh, azam dalam BI apa? Aaah, aku ada azam yg konkrit lah senang cakap. Tapi macam biasa tak boleh bagitau korang, malu lah aku. Sempena tahun baru dan ulangtahun blog ni, aku nak list down entry2 favourites yg paling aku suka utk Tahun Blog Berakhir Disember 2004 (mcm Tahun Kewangan Berakhir)..

Some People Start With 1, Some With 0 OpenGL: Making 3D Shaped Clouds Of Points Aku Yang Semakin Jauh Let Me Just Stay Here, In My Shell Kembali Menderitakan Diri Sendiri Aku Tipu Haiku Rambut Hodoh Dilema Tiga Dua Pertualangan .NET: The Plague Has Started Characteristic Tour Of My Workplace Gluttons At Renaissance Tainted History Really Fast Fast Bunch Of Lucky Guys Mat Rempit Yang Berjaya Lubang Hina Bengkel Pengenalan Object Modeling Nama Aku 1kHz Perfection vs Performance Oriented Trigger Maker for Lazy People
Eh banyaknya?! Lantaklah, aku dah suka nak buat mcm mana.. Selamat Tahun Baru 2005 utk semua, semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Anda ada satu tahun lamanya utk memastikannya...

4 Comments:

At 1/03/2005 07:06:00 pm, Anonymous Anonymous said...

ermm.. i must say, it is a good new year's resolution. so i wish u all the best for 2005. i firmly believed those people who knew u were proud of what u have achieved in 2004.. continue the good jobs and made us more proud of u.. ganbarreyo 1kHz-san !!

kenshin

 
At 1/04/2005 12:21:00 am, Blogger analogi said...

selain bangga dengan kejayaan ko, aku bangga dengan kejayaan aku ... so, sama-sama la kita banggakan diri kita ... satu dua tiga, kembangkan lubang idung anda ... mhhh mhhh (cubaan mengembangkan hidung)

 
At 1/04/2005 08:24:00 am, Blogger Ikhwan Hayat said...

kenshin: ahah, translate("azam", "EN") = "resolution"; tererlah kenshin.. terima kasih.. :)

analogy: hidung aku dah tak boleh lagi lah.. dah max dah nih.. :)

 
At 1/06/2005 02:33:00 pm, Blogger CJ Housewife said...

idung aku sentiasa kembang n tinggi..hehehehe:D (ape cite bodo aku buat ni haaa???...)

 

Post a Comment

<< Home