This blog has moved to http://ikhwanhayat.net

Thursday, March 10, 2005

Sweet Seventeen A1s

Tahniah utk Nur Amalina Che Bakri, hebat betul boleh dapat 17A1 dlm SPM. Aku dulu masa SPM tak pernah tahu pun boleh ambil banyak2 subjek sampai macam tu, kalau tak tentu aku ambil 20 subjek. Untung2 15 darinya dapat A1 pun dah ok dah tu :P Sungguh seronok dia, dua tiga hari ni asyik masuk surat khabar dan TV aja. Ada seorang yang aku kenal, sebaya dgn aku, dia dapat masuk suratkhabar jugak masa SPM dulu. Suratkhabar tu tulis dia dapat 10A1, tapi sebenarnya tidak. Result dia bagus jugak, tapi tak la sampai 10A1. Surat khabar tu dah tersilap, kira dapat publisiti free la. Adik aku ada juga yg ambil SPM, dia dapat 6A1 dan 4A2 dlm SPM. Tahniah untuk dia, boleh tahan jugak dia nih. Aku challenge dia cakap kalau dapat 7A1 aku kasi hadiah ape je yg dia nak. Ni kurang 1A1 ni, tak capai target tu. Tapi aku akan kasi jugak mungkin, kira impressive jugak la tu. Untung adik2 aku ni, aku dulu mana ada orang nak kasi hadiah. Ha, aku dapat berapa masa SPM dulu? Aku dapat 43NFi point, pangkat S, aggregat 45. Oh, aku ambil SPM lain dulu, iaitu Sijil Pelajaran Mozambique.

5 Comments:

At 3/10/2005 05:05:00 pm, Anonymous Anonymous said...

ala sijil terbuka bolehlah ambik banyak2..nasib baik sek asrama tak bg bdk2 ambik lbh 10 subjek..kalau tidak..mesti ramai yg leh dpt 20A.:D

tahniahlah..terer jugak yer adik kau..baik g oversealah..tak best utm tu..banyak sgt skandal..heheh

wei anak wak otam dpt brp?

huhh mcm aku kenal ajer org yg masuk paper tu.

 
At 3/11/2005 09:45:00 am, Anonymous Anonymous said...

So..ko jawe Mozambique?

 
At 3/11/2005 09:59:00 am, Blogger Ikhwan Hayat said...

oh aku orang Malaysia, tapi aku suka ambil sijil dari Mozambique.. sana senang nak pass with flying colors..

 
At 3/13/2005 08:42:00 pm, Blogger cthurairah said...

eh, macam kenal je orang sebaya masuk paper masa lepas amik result spm'99 tu. Tumpang bangga la no walaupun salah info. :)
BTW tahniah untuk adik awak! terror cam awak jugak.

 
At 3/15/2005 04:44:00 pm, Blogger Ikhwan Hayat said...

aku mana ada terror.. kan aku cakap kat sana sanang nak score.. korang jgn terpedaya dgn keputusan aku tuh..

p.s: nikmat dunia hanya pinjaman.. seperti pinjaman PTPTN, kena pulangkan balik akhirnya..

 

Post a Comment

<< Home