anti-keseronokan (old)
Fun Stuff for Anti-Fun People
Tuesday, March 15, 2005
Tahi Yang Paling Keji
Tahi mata adalah tahi yang paling memalukan. Keluarnya pada tempat yg senang dilihat oleh mata kasar. Ia keluar tanpa disedari, entah bila dan di mana. Terkena pada orang yg sudah sedia malang, kerana tidak dapat tidur yg cukup. Tahi mata menjadikan sehensem2 dan secantik2 manusia menjadi hina dan dina. Tahi mata bisa menjatuhkan maruah dan kehormatan. Ia jahat, keji dan kejam. Mengimbas kembali tragedi tahi mata akan membuatkan kau ingin mencapai garfu, lantas mengorek biji2 mata mu, sambil menjerit sekuat hati, "Celaka tahi mata!! Aku benci kau!!! Aku benci!!! Ah, malangnya kehidupan ini!!!!". Kalau kau sedang makan dgn seseorang, dan dia sedang mempunyai seketul tahi mata yg membulat dipinggiran matanya, apa yg kau akan lakukan?
- Buat2 tak tahu. Mengalihkan pandangan ke tempat lain, teruskan berborak dan menyuap nasi goreng seperti tiada apa.
- Bercakap terus terang aja, "Hoi, ada tahi mata tu! Jijik siyal!" (mungkin dlm susunan ayat yg berlainan).
- Buat2 menyapu mata dan hidung sendiri. Moga2 dia faham dgn mesej subliminal ni.
- Tiba2 berdiri di atas satu kaki, lantas menyanyikan lagu yg bertemakan keindahan flora dan fauna.

3 Comments:
Hahahha..
Amaran: Cerita di atas adalah rekaan semata2, tiada kena-mengena dgn mana2 pihak atau individu, sama ada yg masih hidup atau sudah meninggal dunia. Semua itu dakyah dan tipu helah belaka. Aku tak pernah miss mandi pagi... :D
Thurayya: Ya, tahi mata mmg makhluk yg kejam dan tidak berhati perut.
Muhammad: Apa pulak aku yg kecundang? Aku tak kata cerita ni pasal aku? Aku cerita ttg fenomena tahi mata yg melanda umat manusia di alaf baru ini. Kau, aku dan kita semua dah yg kecundang.
n3crox: Jawapan aku D-n3crox
Ijok: Kau dah silap lagi. Awek skirt pendek tu layan aku la..
Ya, apa yg Ijok cakap tu mmg betul..
Post a Comment
<< Home