In the near future..
Terjadi lambakan tenaga kerja dlm pelbagai bidang. Kadar pengangguran di kalangan graduan meningkat secara drastik setiap tahun. Oleh kerana tiada pilihan, para graduan akhirnya terpaksa memilih bidang keusahawanan dan membuka perniagaan sendiri walaupun cuma menjual char koay tiaw di pasar malam. Oleh kerana tiada alternatif lain utk mendapatkan sesuap nasi, mereka semua terpaksa bekerja bersungguh2 dan akhirnya berjaya dlm perniagaan mereka.
In future farther than the near one mentioned before..
Melihat betapa ramai usahawan2 yg berjaya ini, maka para lepasan pengajian tinggi yg baru keluar pula lebih teransang utk memulakan perniagaan sendiri berbanding berkerja dgn orang lain. Lama-kelamaan bekalan tenaga kerja berkurangan dan kadar gaji naik secara mendadak. Bekerja menjual char koay tiaw tanpa apa2 previous experience sahaja gajinya menjangkau RM4000 sebulan.
In the far future..
Oleh kerana gaji yg lumayan, para graduan bertukar selera kepada lebih gemar bekerja dgn orang lain oleh sebab menguruskan perniagaan sendiri adalah memenatkan. Roda kehidupan berputar. Menjalankan peniagaan sendiri kembali dilihat sebagai alternatif yg lebih sukar. Kembali terjadi lambakan tenaga kerja dan sejarah berulang kembali.
In the future so far away, you can't even imagine how far...
Manusia sudah sedar dan bosan dgn kehidupan yg sebenarnya berputar2 atas dan bawah. Manusia tidak perlu fikir pasal kerja kerana teknologi sudah terlalu canggih waktu ini. Manusia zaman ini hanya perlu benda asasinya iaitu nutrien utk tubuh. Keperluan lain akan di stimulasikan terus ke dalam otak (macam Matrix tapi tiada robot jahat). Tiada keinginan untuk wang, kerana semuanya percuma. Tumbuhan ditanam oleh robot2 yg digerakkan dgn kuasa solar. Protein dikulturkan dlm tabung2 uji. Bahan mentah makanan diproses menjadi zat2 yg tulen dlm bentuk cairan, dan disalurkan terus ke dalam saluran darah manusia. Manusia hidup di dalam pod berisi cairan yg memelihara kulit dan organ luaran (ya, macam Matrix). Bagai tidur, tapi otak bergerak, dirangsang stimuli. Semua manusia hidup merajai dunianya sendiri. Tiada perang. Dunia yg pasif, tapi semua gembira...
Ni ramalan ala Nostradamus aku yg diusulkan tanpa ilmu yg benar dan bukti yg kukuh mengikut buah fikiran kepala hotak aku yg tengah malas ini...
2 Comments:
manusia hidup dlm khayalan, semuanya ransangan otak semata2. dia azan dlm khayalan dia la..
"rod" tu yg orang bawak memancing ikan la wei.. mana ada "rod" yg cecair :)
mulenye cam bernas je karangan ni. penuh dgn isi2 yg padat lagi jitu. akan tetapi, penamatnye sungguh mencabar keupayaan kepala hotakku utk menerimanya.
nothin' impossible...
Post a Comment
<< Home