anti-keseronokan (old)
Fun Stuff for Anti-Fun People
Thursday, June 23, 2005
MEDC 2005
Khamis lepas, 16 June aku pergi ke Microsoft MEDC (Mobile & Embedded DevCon) 2005. Kompeni bos aku sponsor la, aku pergi free. Sebenarnya aku tak berapa minat sangat nak pergi tengok benda2 berasaskan mobile/handheld ni, tak taulah kenapa, mungkin sebab penggunaannya kat Malaysia ni tak luas lagi. Syarikat2 masih belum mahu invest dlm benda2 ni, dan infrastruktur komunikasi yang ada pun masih tak kukuh dan masih mahal. Kalau takat standalone app tu apa nak dibuat, takde benda sgt sekarang ni. Kalau berkaitan develop mobile Java app atau Symbian based app aku berminat jugak la. Boleh bikin duit maaa ini barang..
Tapi free kan, pegi je la. Ini kira second time la aku pergi benda2 anjuran Microsoft ni. Syok juga sebenarnya. Buat kat the spanking brand new KL Convention Centre, dekat KLCC. Aku datang awal dalam pukul 8.00AM, acara mula dalam 10.00AM. Sempat juga la aku borak2 dgn sorang mamat ni, Izuddin nama dia, dari Netmyne.
Acara pertama ialah keynote speech oleh.. oleh sapa tah aku tak ingat, ada la beberapa orang bercakap. Lepas tu sampai petang ada sesi talk tentang teknologi2 Windows Mobile dan Windows Embedded. Talk yang aku masuk kebanyakannya yg berkaitan mendevelop mobile apps dalam Visual Studio .NET 2005. Wuih best juga, tapi aku tak ada masa nak try lah benda2 ni. Nanti besok2 (tahun depan ke) baru aku try. Lagipun yg dia tunjuk tu VS.NET 2005, dlm PC aku ada VS.NET 2003 je.
Selain talks ada juga exhibition sikit2. Ada jugak hands-on lab utk sapa2 nak cuba sendiri develop benda2 tu. Aku tak pergi sebab rasa malu pulak nak masuk. Rupa2nya best kawan aku cakap. Lain kali kalau pergi aku nak try lah.
Yang menariknya ada beberapa contest yg dibuat. Pertama ada contest "Break The Code". Ada beberapa siri riddle dipaparkan kat website MEDC beberapa minggu sebelum ni. Tak susah pun, binary representation on ASCII codes, tukar je jadi char, dapat ayat. Ada 4 part yg ditunjukkan dlm website, part ke-5 diberi masa keynote speech. Kena "decrypt" dan submit pada mereka. Lagi satu contest ialah SMS contest. Sepanjang hari tu 8 soalan akan dihantar pada handset kita, kita reply je la dgn jawapan. Dan ada lagi ada acara cabutan bertuah dan pertandingan kerusi berlagu. Takde lah, mana ada kerusi berlagu, kau ingat sukaneka tadika ke?
Yang lagi bestnya nak tahu apa? Aku dapat 2 hadiah, utk Break The Code dan cabutan bertuah. Dapat keyboard Microsoft. Dua-dua keyboard, hahahahampeh. Tapi OK la, keyboard ni mahhal tau kalau beli. Ruginya tak dapat tempat 1 hingga 3 sebab hadiahnya PDA HP iPAQ. Izzudin yg aku jumpa waktu pagi tadi boleh pulak dia menang DUA iPAQ tu.. Wah, untung sabut timbul betul lah..



4 Comments:
nyusah kan je pakai Mobile nih utk application....
group aku buat projek pasal nih...si india sorang yg buat pasal mobile..not very interesting dan tak byk function yg boleh gune tools pon terhad...muahahah...webpage kat malaysia pon tak stabil lagi..nk wat yg mobile
Hihi, ada sesetengah benda yg lebih efective kalau guna dlm mobile. Dlm keynote speech tu, ada seorang dari satu consultant firm, dia reka satu system utk sebuah sykt carigali minyak kat US. Dgn sistem ni, para pekerja yg ditugaskan utk check pam2 minyak diserata US akan bawak satu PDA, dan dia akan input data2 yg dia dapat dan send terus ke server. Data2 penting tu dpt smpi berkali2 ganda lebih laju sebab pam minyak tu kat kwsn pendalaman (gurun), tak payah la tunggu balik ofis dulu.
Dan satu lagi Ms ada sediakan SDK utk Ms Windows CE (yg guna dlm PDA dan Smartphone) yg mana korang boleh manfaatkan kamera dan telefon tu sendiri dgn begitu mudah.. Mmg senang aku tengok, utk buat call boleh buat dlm 2-3 line je, eg:
Dim telephone As New NamespaceAkuTakIngat.ClassApaAkuTakIngat
telephone.Call("60312345678")
Cheiss Lekir! Nasib baik hamba tidak kenal wajah tuan hamba! Kalau tidak, sudah lama hamba tikam tuan hamba dengan keris masa MDEC ari tu..!!! Wah ha ha ha...
p/s: lain kali masuk la workshop. best woo!! wa cakap lu!
Whahah, ko ada datang jugak ke Lekiu.. ko tak perasan ke orang yg dpt 2 keyboard, aku la tu.. Kalau ko tikam aku boleh tahan pakai keyboard2 tu..
Post a Comment
<< Home