This blog has moved to http://ikhwanhayat.net

Friday, July 08, 2005

Hari Bermulanya Minggu

Sepanjang minggu ni aku kena buat something berkaitan dgn kalendar. Hari ini aku tengah buat satu benda di mana user kena select the first day of the week. Senang la, I always thought that Monday is the first day of the week. Tapi rupa2nya soalan ini lebih susah dari yang disangkakan. Aku tengok dlm .NET ada satu enumeration System.DayOfWeek. In code it should look something like this.

enum DayOfWeek {
 Sunday, Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday
}
Ini bermakna the week starts with Sunday... Hmmmmmm? Looks like another adventure with google we shall go. So google awayyy... [ http://www.google.com/search?q=first+day+of+the+week ] Jumpa satu site ni: [ http://www.tondering.dk/claus/cal/node7.html ], apa yg kucari ada dlm part ni..
6.6 What is the first day of the week? The Bible clearly makes Saturday (the Sabbath) the last day of the week. Therefore it is common Jewish and Christian practice to regard Sunday as the first day of the week (as is also evident from the Portuguese names for the week days mentioned in section 6.2). However, the fact that, for example, Russian uses the name ``second'' for Tuesday, indicates that some nations regard Monday as the first day. In international standard ISO-8601 the International Organization for Standardization has decreed that Monday shall be the first day of the week.
Another "hmmmm"? Menarik, and I read the rest of the page. Keseluruhannya, menarik juga kaji sejarah berkaitan "hari" ni. Kemudian aku teringat tentang nama hari dlm Bahasa Melayu. Ahad, Isnin, Selasa dan seterusnya. Nama2 ni (aku rasa) diambil dari Bahasa Arab utk Ahad, Ithnain, Thulatha'.. Yg sebenarnya didasarkan pada nombor2; Wahid (satu), Ithnani (dua), Thalathah (tiga).. Jadi minggu dlm Islam (Arab) bermula dgn Sunday juga seperti utk Yahudi dan Kristian. Aku pegang yg ni, mula hari Ahad, sebab semua pun ikut kitab2 dari Allah iaitu Al-Quran, Injil dan Taurat.. Aku baca lagi beberapa link dari google search result tu. Banyak yang menarik. Ada cara utk tentukan hari apa utk satu2 tarikh melalui kiraan matematik [ http://www.quincunx.org/calendar/index.htm ] ,ada pulak teknik yg dinamakan Doomsday [ http://quasar.as.utexas.edu/BillInfo/doomsday.html ] .. Satu perkara membawa ke satu yg lain pulak. Aku teringat awal2 surah As-Sajdah:
Allah lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas `Arsy. Tidak ada bagi kamu selain dari padaNya seorang penolongpun dan tidak (pula) seorang pemberi syafa`at. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?
Al-Sajda : 4
"Enam masa" dlm Al-Quran tu disebut dgn "sittatu ayyam" atau "enam hari". Ini Balaghatul Quran, Allah membuat kiasan menggunakan perkataan "hari", tapi apa yg ditafsirkan oleh ahli tafsir bukanlah "hari" mengikut "hari" yg kita fahami. Ingat, ni waktu bumi dicipta, apa yg dinamakan "hari" tu pun belum wujud lagi. Lagipun nak cipta sesuatu Allah cuma kata "jadi", maka terjadilah benda tu. Buat apa tunggu lama sampai 6 hari? "Hari" di sini maksudnya "peringkat", Allah menjadikan alam semesta dlm 6 peringkat. Apa peringkat2nya, entah aku tak tahu, kena belajar lagi ni. Sapa2 yg tahu boleh story kat sini.. Dan satu lagi yg menarik dlm ayat di atas, "Allah lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya". Aku (dan seperti ramai orang) faham "apa yg ada di antara keduanya" tu ialah mcm manusia, pokok2, haiwan, udara dsb. Which is probably right. Kemudian seorang senior di sekolah bagi tazkirah suatu hari, memberi sedikit lagi enlightenment. Cuba letak satu tapak tangan di atas, dan satu lagi di bawah, buat mcm bumbung dan lantai. Apa ada antara keduanya? Tak ada apa2, ruang kosong (empty space). Cuba alihkan tangan. Ruang (space) tu ada lagi tak? Ada, cuma tak ada batas2 atas dan bawah. Ruang itu dah sedia ada, Allah yang ciptakan dia. Tadi kau cuma letakkan batas2 atas bawah tu. Hebatnya Allah, dia ciptakan atas, bawah dan yg diantara atas dan bawah itu. Tak faham? Aku pun blur2. Ilmu fizik bukan senang nak faham.. Menarik sungguh makhluk Tuhan yg dipanggil "masa" dan "ruang". Maha Suci Allah yg Maha Pencipta, menciptakan segalanya dgn sempurna dan mempunyai hikmahnya tersendiri. Akhir kalam, aku ulangi akhir ayat Quran tadi, "Maka apakah kamu tidak memperhatikan?". Kenali makhluk (benda yg dicipta) utk mengenal khaliqnya (penciptanya). postscriptum - Ayat Quran courtesy of http://www.mukmin.info

1 Comments:

At 7/08/2005 03:52:00 pm, Anonymous Anonymous said...

"Lagipun nak cipta sesuatu Allah cuma kata "jadi", maka terjadilah benda tu..." emm...ayat cmni ade dlm surah Yaasin iaitu "Kun fa ya kun"...ayat ke 82 atau kedua terakhir dlm surah tersebut(Yaasin ada 83 ayat..btulkan kalo salah)

emm...aku penah baca gak ttg kejadian bumi ini..kalo tak salah aku, mula2 dijadikan langit dan bumi, slps itu unsur spt air, udara, gas2...last skali makhluk spt manusia dan binatang....emm...tak salah aku, aku bace buku pasal nabi2 tmasuk Adam...ada diselitkan kejadian sblm Adam itu...

ttg hal2 bgmana kejadian kpd 6 peringkat...tak abis blaja...menarik tp bz la skrg...geledah blog org je aku rajin...:P

 

Post a Comment

<< Home