This blog has moved to http://ikhwanhayat.net

Monday, September 19, 2005

Fenomena Penyerakan Cahaya

Pernah terfikir kenapa langit biru di tengah hari dan merah di waktu subuh dan senja? Tak pernah? Kau memang hampeh. Kalau tak tahu, mari Abang Dozo ceritakan. Cahaya yg melalui udara diserakkan (scattered) oleh wap air dan partikel2 debu sebelum sampai ke bumi. Dalam spektrum cahaya, birulah yg lebih mudah diserakkan kerana ia yang mempunyai gelombang yang lebih pendek. Oleh kerana warna biru ni banyak diserakkan, maka langit pun kelihatan biru. Pada waktu subuh dan senja, kedudukan sudut antara matahari dan bumi menyebabkan cahaya terpaksa melalui jarak yang lebih panjang utk sampai ke mata pemerhati. Oleh kerana jarak yg panjang ini, maka cahaya biru habis diserakkan. Yg sampai ke mata pemerhati tinggal warna merah (dan oren, dan kuning). Iaitu bahagian spektrum yg sebelah sana, yang mempunyai gelombang yang lebih panjang. Fenomena penyerakan cahaya ini dinamakan "Penyerakan Rayleigh" (Rayleigh Scattering). Tamatlah sudah siri Alam dan Manusia tingkatan 2 utk kali ini. Kita berjumpa lagi ya adik2, dalam rancangan TV Pendidikan yg akan datang! Tiu, tiu, tiu, tiu tiu, tiu tiu.. (lagu TV Pendidikan ni Tariq tahu) postscriptum - Buang tebiat ke apa kao?!

10 Comments:

At 9/20/2005 09:11:00 am, Blogger hueylyn said...

you...! langsung tak romantik...benda yang romantik macam sunset and dawn bagi u explain saje sudah sound so boring. *mengeluh...

 
At 9/20/2005 05:16:00 pm, Blogger fuza said...

lama dah x melawat..kau semakin mengarut..mana ada alam dan manusia tingkatan 2..sekolah rendah zaman kita dulu adalah..sekarang panggil science lah..

 
At 9/20/2005 11:53:00 pm, Blogger darry said...

hahaha... best, harap-harap akan ada lagi episod sebegini akan datang...

 
At 9/21/2005 07:25:00 am, Blogger Ikhwan Hayat said...

hueylyn: hehe.. things can be romantic and educational in the same time what.. macam information + entertainment = infotainment, maka educational + romantic = edumantic..

fuza: ooh ye ke.. tapi suka dgn nama "Alam dan Manusia" tu.. satu lagi nama subjek yg aku suka ialah "Kemahiran Manipulatif Tambahan"..

mypapit: aku akan bykkan episod mcm ni kalau ada tajaan dari Kek Lapis Apollo..

 
At 9/21/2005 09:05:00 am, Blogger hueylyn said...

edumantic????
*pengsan*

 
At 9/21/2005 09:09:00 am, Blogger Ikhwan Hayat said...

eh, pengsan pulak dia! eh, bangun2, jgn pengsan kat sini..
nampaknya terpaksa la aku buat CPR..

 
At 9/21/2005 05:26:00 pm, Blogger fuza said...

aku rasa nama sebenar subjek tu kemahiran "hidup" manipulatif tambahan..betul ke? apa kata lepas ni kau bincang pasal rainbow plak..

 
At 9/21/2005 06:41:00 pm, Blogger Ikhwan Hayat said...

Masa sekolah rendah dulu, dlm darjah 5 (agaknya?), aku ada subjek namanya "Kemahiran Manipulatif Tambahan".

Masa darjah 6, subjek ni ditukar nama jadi "Kemahiran Hidup"..

Masa sekolah menengah tingkatan 1-3 ada subjek "Kemahiran Hidup", tapi dibahagikan kepada sub-subjek2 iaitu "Kemahiran Manipulatif Tambahan", "Ekonomi Rumah Tangga", dan "Sains Pertanian"..

rainbow boring la fuza, semua orang dah tahu mcm mana benda tu terjadi..
iaitu ia dilukis oleh para elves, dan dihujung rainbow ada seperiuk emas yg dijaga oleh orang2 leprechaun..

p.s: aku suka perkataan "manipulatif".. sebab cikgu aku ada nama Latif, dan "manipu" bunyi mcm "menipu"..
:D

 
At 9/27/2005 02:10:00 pm, Blogger kitchenkidscoffee said...

wahhh..lengkap intro untuk PSM 2 aku :D

sekolah rendah aku tak minat KH pasal cikgu aku sgt lu*cah!

tapi, aku minat alam & manusia. malangnya UPSR time tu xde lg subjek tu..

 
At 10/03/2005 12:35:00 pm, Blogger Ikhwan Hayat said...

Aaahh.. Alam & Manusia.. alangkah seronoknya tika itu..

Yg paling aku ingat dari subjek tu ialah pencipta telefon bernama Alexander Graham Bell dan pencipta televisyen bernama John Logie Baird..

 

Post a Comment

<< Home