This blog has moved to http://ikhwanhayat.net

Sunday, January 08, 2006

Edisi Orang Biasa 2006-01-08

Cuti. Sebenarnya aku cuti panjang, dua minggu lepas. Kecuali Jumaat, kerja balik. Waah, waktu2 gembira berlalu dgn begitu pantas. For 2 weeks I got to do what I wanted to do, I can code what I wanted to code, and I can write it while wearing my kain pelikat sambil minum kopi. Kalau hari2 mcm ni alangkah bagusnya. Sabtu Ahad ni cuti. Isnin kerja. Selasa dan Rabu cuti raya. Asyik cuti je...

***
Game. Di saat2 hati meluap2 nak main game ni, aku buntu nak main game apa.. Quake4 aku try. Cis, boring. Campaign je, skirmish takde ke? Kena install bot ke apa? Boring siyut.. Mungkin kurang boring kot kalau aku tak pakai cheat. Tapi, cis, boring.. Main Age Of Empire III. Cis, boring jugak. Apa ni semua? Kenapa ada card2 ni semua? Apa jadah. Jadi complex la game ni. Amik masa la kalau nak mahir betul2 mcm ni. Cis, aku mahu instant pleasure!
***
Microsoft Money. Kawan2 kat ofis pakai. Diorang kata bagus, boleh rancang perbelanjaan. Dan aku pun pinjam CD dan install. Dan tak bukak lagi lepas tu. Sampailah minggu lepas, borak2 dgn kawan2 aku yg lain. Sorang tu kata dia pun pakai Ms Money. Member yg lain ada pakai Excel, tapi yg penting diorang kata, kena rancang cash-flow. Kena tahu berapa byk kita dah spend dan boleh spend. Last2 aku pun try la give Money another chance. Erm, OK jugak. Rasa mcm main game pun ada. Tapi real-life punya game, the money is real, and when you lose you really lose. Sapa2 yg tak mula lagi rancang perbelanjaan tu aku suggest mula2 lah merancang. Or else you'll regret it someday when you look behind and you don't have the slightest idea where all the money gone. Mcm Azizi Ali cakap, jadi tempat "persinggahan wang", duit masuk kejap, lepas tu keluar, duit masuk, duit keluar...
***
Accident. Minggu lepas aku hampir2 accident 3 kali. Pertama, aku brek mengejut, motor belakang sikit2 lagi nak cium ekzos aku. Ye la, zebra line depan ni, ada org melintas dah dekat tgh2 jalan. Berhormat la sikit. Bukan salah aku. Kedua, kereta bodoh masuk simpang walaupun aku dah dekat. Bodoh betul, mentang2 aku naik motor buruk je. Kereta depan dia nak masuk simpang jugak, boleh pulak tunggu. Yg dia cilok dari belakang tu apa hal. Bodoh. Definitely bukan salah aku. Ketiga, balik dari pasar malam. Jalan sesak, ada seorang pakcik tua naik basikal kat belakang. Tiba2 motor aku terketepi, pakcik tu pulak dah dekat rupanya, sikit lagi nak langgar. Kesian dia, muka dah gabra. Tapi bukan salah aku, keropok lekor dlm mulut aku ni nak terjatuh. Bukan salah aku kan?
***
Suatu pagi kau bangun bersorak dalam hati, "I want to do something great today!". Hari pun berlalu, dan kau tak lakukannya. Apa namanya itu? Menipu diri sendiri?

6 Comments:

At 1/13/2006 12:35:00 pm, Blogger kitchenkidscoffee said...

aku baru nak amik lesen..cerita2 accident ko menakutkan aku. semua org dalam ofis menakutkan aku..

 
At 1/13/2006 07:28:00 pm, Blogger Ikhwan Hayat said...

kalau bawak kereta/motor/lori/bas sekolah/bajak sawah/mesin rumput elok2 insyaAllah selamat.. good luck..

 
At 1/13/2006 10:33:00 pm, Blogger beeXan said...

Nuthin to worry actually, wear your seat belt, obey traffic rules, 'pandang kiri kanan sebelum melintas' sure selamat... hihihih :P

 
At 1/14/2006 09:10:00 am, Blogger Ikhwan Hayat said...

dan yang paling penting sekali:
JANGAN MAKAN KEROPOK KETIKA MEMANDU

:D

 
At 1/15/2006 11:59:00 am, Blogger kitchenkidscoffee said...

ijok: walaupun aku tidak mengenali engkau, tetapi cisss...

(pernah juga nk berumah di tepi pantai, tapi skang dah kensel...)

beexan: tengok, tengok..ada jugak yg nk berkata2 baik dengan aku. thanks :P

 
At 1/18/2006 11:41:00 am, Blogger CJ Housewife said...

emm...lama gak tak jengah blog wan ni...pekabo sume...jom la g jenjalan tgk wayang, makang2, lepak2 minum....cik 1kHz blanje..huhuhu...

kini berwajah baru ekk blog ko wan...bile tuko?? aku tak penah tau pon..nape tak buat press conference kat paper... hehehe...all the best...slmt tahun baru 2006...tak lama lg tahun baru hijrah 1427 hehee:D chaiyooo...

 

Post a Comment

<< Home