anti-keseronokan (old)
Fun Stuff for Anti-Fun People
Thursday, September 02, 2004
Really Fast Fast
Aku dah niat nak berpuasa sunat Khamis+Rejab sejak hari Selasa lepas. Jadi hari ni aku bangun awal, masak sahur. Menu ialah maggi perisa tomyam dan buat air Cadbury hot chocolate yang baru aku beli hujung minggu lepas. Dalam 2-3 suap maggi perisa tomyam tu masuk ke mulut, tiba-tiba azan subuh pun didendangkan. Alamak, silap budget brother, aku ingat lagi 10 minit. Air chocolat tu sempat juga aku telan seteguk terakhir, dah sampai kat tekak, nak buat macam mana. Habis azan je, aku pun ambil wuduk dan solat subuh. Habis solat aku duduk balik dekat meja. Aku tenung je maggi perisa tomyam dengan air chocolate yang nampaknya sedap tu. Tak makan kang membazir pulak, orang membazir kan saudara syaitan! Haiiii bukak puasa lah.. Aku pun sambung makan maggi perisa tomyam dengan air chocolate tu. Tu la puasa paling singkat rasanya dalam hidup aku, adalah dalam 15 minit :P Mintak2 Allah terima la pahala 15 minit ni. Lagi pun niat buat baik pun dah dapat 1 pahala kan? Dan mintak2 Allah berikan aku semangat lagi untuk puasa minggu depan. Kalau boleh lebih dari 15 minit..

0 Comments:
Post a Comment
<< Home