This blog has moved to http://ikhwanhayat.net

Thursday, October 28, 2004

DTTF: Peniaga Bijak

Pembeli:
Bang, kuih ni berapa?
Peniaga:
3 seringgit bang. Abang nak berapa?
Pembeli:
Bagi 5. Saya satu, orang rumah satu, anak ada 3.
Peniaga:
Erm, 5 tak boleh bang. Sebab 3 ketul RM1, jadi 1 ketul RM(1/3). Kalau abang nak beli 5 jadi harganya RM(5/3) atau RM1.6666666667 jika dibundarkan kepada 10 titik perpuluhan. Mana saya nak cari duit pecah mcm tu?!
Pembeli:
Betul jugak tu, jadi mcm mana ni?
Peniaga:
Apa kata kalau kita gunakan Gandaan Sepunya Terkecil (GSTK) utk 3 dan 5 iaitu 15. Macam mana?
Pembeli:
Bijak, bijak. Sorang dapat 3 la mcm tu. Nah, RM5 kan?
Peniaga:
Betul tu, bijak bang.

3 Comments:

At 10/28/2004 12:23:00 pm, Blogger Ikhwan Hayat said...

"Cerita ini tiada kaitan dengan mana-mana pihak sama ada yang telah hidup atau yang masih meninggal dunia."

 
At 10/30/2004 06:20:00 pm, Anonymous Anonymous said...

peniaga tu guna sempoa ker guna kalkulator???

[analogi]

 
At 11/01/2004 08:22:00 am, Blogger Ikhwan Hayat said...

dia congak terus dlm kepala tu.. dia ada belajar teknik mengira cepat yg jual kat smartshop tu..

 

Post a Comment

<< Home