This blog has moved to http://ikhwanhayat.net

Friday, September 24, 2004

Mat Rempit Yang Berjaya

Lepas balik solat Jumaat hari ni aku perasan roda belakang motor aku mengeluarkan bunyian yg abnormal. Kenapa pulak ni? Rantai aku ketat sangat ke? Takde pun. Bearing ke? Bunyi mcm peluru (ada org panggil kacang2) dia dan pecah ke. Spoket kot? Spoket aku memang dah tajam pun. Spoket belakang ok rasanya, spoket depan tak nampak pulak. Jangan rosak kat gear2 dlm enjin dah la. Entah2 klac, sbb aku rasa klac pit aku dah nak abis ni, susah nak masuk klac. Nasib baik hari ni gaji, takde la aku risau sgt. Balik kerja terus aku menuju kedai motor yang terdekat. Lepas 3 minit aku sampai baru ada orang nak layan, customer tak byk pun, saje je malas. Mentang2 dah petang. Aku cakap, "Bos tengok ni, apa pasal bunyi2", sambil memusingkan roda belakang. Dia cuba jugak pusing2 3-4 kali. Dengar ke dia ni bunyinya, sbb kedai ni sebelah jalan. Bunyi kereta kuat. Pastu dia cakap, "Ni mau bukak ni baru tau apa rosak. Bukak belakang ni, kalau tak rosak kena bukak enjin tengok. Itu enjin boleh rosak jugak. Tinggal sini la, besok baru ambik punya". Gila ka lu apek! Biar betul. Aku rasa mcm tak betul je apek ni. Pengusaha/pekerja kedai motor ni aku rasa antara yg paling selalu menipu. Mentang2 la muka aku ni muka budak baik. Lagi2 hensem pulak tu, lagi la teruk kena. Aku tak percaya ah dia ni. Dia masuk dalam je aku terus blah, cari kedai lain kalau ada. Takde pun kedai, last2 ke kedai2 motor Sentul tu jugak la aku. Kali ni aku dah bijak sikit, aku cakap, "Ni belakang ni bunyi la tauke, bearing ka?". "Mungkin bearing la, kasi bukak baru tau". Wah, dia cakap "mungkin", skema betul BM dia. Bukak2 rupa2nya spring lining brake aku tercabut. Hek eleh, mcm mana boleh cabut ni? Tekan brake kuat sgt ke? Pastu ada ke dia suruh aku tukar lining tu sekali. Aku tanya, "Tukar je tak boleh ke?". Dia cakap lining tu dah nak abis. "Mana ada nak abis, tebal lagi ni!", aku halakan jari telunjuk aku kat lining tu. "Mana, awak tengok kat tong sana lagi tebal pun dah buang tau". Lepas tu dia diam. Last2 dia cakap, "Ikut lu la, cakap banyak2 pun tada guna". Dah kantoi la tu. Aku dah cakap, mentang2 la muka aku ni muka budak baik. Selamat dompet aku. Kena RM5; RM2 spring, RM3 upah. Ok la tu. Kalau aku kasi kat tauke yg mula2 tu entah2 RM500 aku kena. Hari ni ilmu kerempitan aku dah bertambah sikit. Untuk menjadi mat rempit handalan kita mestilah tahu pasal repair motor ni. Takde la kena kencing dgn tauke kedai motor tu. Baru lah rempit. Untuk meraikan kejayaan aku, aku singgah kat KFC dlm perjalanan pulang. Mcm biasa mintak set no 3. Cashier ni suruh tunjuk kat carta atas meja tu, mana satu aku nak. Aik, kan aku cakap no 3 tadi. Aku tunjuk kat no 3. Lepas tu dia buat isyarat tangan "suap", lepas tu isyarat "bawak beg plastik". Oho, pekak atau bisu ke dia ni. Aku pun isyarat la dia balik. Makan.. Aku tengok cashier sebelah pun macam pekak jugak, ni KFC orang2 pekak ke? Aku usha2 kat dinding2 kalau ada tulis apa2. Takde pulak. Balik tu baru aku perasan kat sebelah pintu masuk ada tulis: "Welcome to the first KFC restaurant run by speech and hearing impaired". Ohooo baru aku tau. Kalau korang nak try beli ayam dari org pekak boleh dtg sini, dekat Sentul Raya, sebelah BCB. Tips rempit [1] Rantai kalau sekejap ketat sekejap longgar tu maknanya spoket dan rosak. [2] Spoket (sebenarnya "sprocket", gear yang sabungkan rantai dgn roda) tajam tu maksudnya dia dah haus, mintak tukar. [3] Klac pit (sebenarnya aku rasa "clutch pad") utk yang pakai klac tangan mcm moto aku ni mmg suka carik pasal sikit, sbb aku suka main klac kot. [4] Kalau pegi kedai motor buat mcm otai. Kalau boleh helmet tu kalau helmet buruk kasi tampal2 sticker. Kalau helmet mahal takpe la. Pakai rantai leher ke apa, kalau takde rantai leher ko pakai je rantai motor tu letak leher.

2 Comments:

At 9/27/2004 01:03:00 pm, Blogger analogi said...

hulamak, tips baik ni

 
At 9/27/2004 03:08:00 pm, Blogger Ikhwan Hayat said...

lupa, satu lagi tips..
selepas menempah kejayaan sila belai diri anda dgn hadiah2 spt makan KFC dsb.. hargailah diri anda seperti anda menghargai harga sebiji mempelam.. iaitu 5 ringgit selongok..

 

Post a Comment

<< Home