anti-keseronokan (old)
Fun Stuff for Anti-Fun People
Friday, October 01, 2004
Lubang Hina
Selepas solat Jumaat minggu lepas, satu tragedi hina lagi keji telah berlaku. Aku telah ke tandas utk menjawab panggilan alam (nature's call). Setelah selesai, tiba2 kedengaran sesuatu terjatuh ke dalam mangkuk tandas, objek keras. Holy sh*t, itu security tag aku! Aku tak sempat berbuat apa2 selain melihat saja ia terjerumus ke dalam lubang dgn perasaan sayu berbaur bodoh. Kenapa la aku letak kat poket baju melayu! Bodoh betul la. Kad itu kunci utk membuka pintu, dan lebih penting lagi, denda kerana menghilangkannya ialah RM50/= (Ringgit Malaysia Lima Puluh Shj). D*mn! Lebih mengerikan lagi, lubang itu adalah sedalam lebih kurang 1 meter sebelum mencecah gigi air! Begitulah kedahsyatan lubang itu. Kalaupun ini tandas cangkung, tapi kenapa sampai sedalam itu. Siapalah arkitek tandas ni?! Jika aku sanggup memasukkan tangan utk mengambilnya pun aku tak terdaya, mana sampai! Termanggu juga aku di situ sekejap memikirkan RM50 yg bakal melayang dari dompet nipis aku ni. Suwei, suwei... RM50 tu terlalu besar, aku perlu mendapatkannya semula. Tapi bagaimana?! Apa yang aku boleh gunakan utk mengambilnya semula? "Apa agaknya McGuyver akan buat pada saat2 begini?". Seriously, mmg itu yg aku tanya pada diri aku pada waktu itu. Mujur tag itu aku sangkutkan kepada tali penggantung, yang biasanya aku gantungkan ke leher. Kenapa la aku letak dlm poket pada hari itu! Tapi dgn adanya tali itu memberi sedikit sinar harapan. Mungkin aku boleh memancingnya keluar. Aku perlu sesuatu yg cukup panjang utk dimasukkan ke dalam lubang itu? Tapi ini tandas, mana ada apa? Aku tak mahu cari di luar, nanti kalau ada orang masuk ke dalam tandas ni lagi naya! Kalau ada benang atau tali alangkah bagusnya. Aku tahu, TALI PINGGANG! Apa kata aku bengkokkan besi kecil yg selalu dihujung tali pinggang ni. Boleh jadi mcm pancing! Tanpa membuang masa aku melucutkan tali pinggang dan cuba membengkok besi itu dgn tangan. Wuuih, keras juga, tak bengkok langsung! Kena cuba cara lain ni. Apa kata kita letakkan besi ni menghala ke atas mcm ni. Kena cari sesuatu utk mengikatnya, tapi dgn apa? Ku pandang sekeliling, apa yg aku yg ada? TISU! Ya, aku pintal2kan tisu jadikan ia seperti tali, dan aku ikatkan besi dan tali pinggang itu biar membentuk seperti cangkuk. Harap2 tisu ini dapat tahan menghadapi air2 di bawah sana. Aku cuba pancing. Tidak berjaya, lubang itu terlalu gelap. Ku cuba amati kalau2 terlihat kelibat2 tali penyangkut tu. Aku rasa aku nampak! Aku cuba lagi. Setelah beberapa kali percubaan, akhirnya ia tersangkut! Yes!! Dgn perasaan girang aku naikkan dgn penuh hati2. AlhamduliLlah, aku berjaya. Aku keluar dari tandas dgn penuh gembira. Tak pernah aku keluar tandas dgn segembira itu. Aku berjaya! I'm the man!! Thank you McGuyver. Tak kisah la apa orang nak kata, janji selamat RM50 aku. Bukan ada org tahu pun. Eh alamak, aku dah tertulis kat dalam blog! :0 Heheh, soalan cepu "emas" (emas-tandas, get it?), kalau peristiwa ni terjadi kat korang, apa korang akan pilih. Maruah atau duit?

9 Comments:
Wekekeke... lawak betul pengalaman ko... bg aku la... aku pun pilih duit la... baik kiter selamatkan jer bende tu... drpd duit melayang... ala bukannyer org tau pun... aku pun ader pengalaman camnie... tp dh lamer giler dah... nak citer ker... tak payah la... biar ia menjadi rahsia hidup ku... wekekekek :P
yeah.. centek.. latest score.. MARUAH 0 vs DUIT 2
kehkehkehkeh....tak sangke..~~ayunie~~
mmg tak sangka.. ohohoo
air yg tenang jgn disangka tiada buaya, lubang yg tenang jgn disangka tiada bahaya...
aku nk pinjam tali pinggang ko laa...nk buat la taktik ko camtu..mane tau berjaye..aku pon bule berbangge cam tu..huhuuhhuu...ok??:P
btw awk pakai lg ke tali pinggang tuh? camner awk men"nyamak"nya..just curious :)
Loh, ada orang baca lagi post lama ni :D
tali pinggang tu sudah ku buang jauh2 dari lubuk hati ku.. :)
Menurut pakar ekonomi yg sgt munasabah, sekiranya kos tali pinggang mengatasi kos security tag itu, anda telah mengalami kerugian yg jitu.
Oh, tak pernah terfikir pulak mcm tu.
Mungkin sebab talipinggang tu cuma RM10 je kot. Dan selepas susut nilai selama lebih 4 tahun, nilainya pada waktu tu mungkin kurang dari RM1.
Tak apa la rugi < RM 1 berbanding RM50. Dlm kes ni tak mungkin ada untung.
Post a Comment
<< Home