This blog has moved to http://ikhwanhayat.net

Tuesday, November 30, 2004

Perfection vs Performance Oriented

Dalam satu artikel, aku terbaca pasal satu teori psikologi manusia berkaitan belajar dan membuat kerja. Katanya manusia terbahagi kepada 2 jenis, Perfection Oriented dan Performance Oriented.

1) Perfection Oriented
Golongan ini secara semulajadi terdorong oleh sifat ingin tahu (curiousity). Dalam melakukan sesuatu kerja, mereka lebih gemar melakukannya melalui cara yang terbaik walaupun mungkin terpaksa mempelajari method2 baru, tools2 baru, teknik2 baru dan sebagainya. Mereka sanggup melaburkan masa, tenaga atau/dan wang utk proses pembelajaran itu kerana percaya sebagai pulangannya ia akan membolehkan mereka melakukan kerja dgn lebih pantas, cekap dan efisyen.
2) Performance Oriented
Satu lagi golongan ini pula lebih suka melakukan kerja menggunakan set2 skill yg mereka telah tahu. Mereka rasa selesa dgn apa yg mereka telah tahu dan berat hati utk belajar benda2 baru. Mereka percaya jika mereka menggunakan pengetahuan sedia ada berulang2 kali atau dlm jangka masa lama, mereka akan mahir menggunakannya. Dan seterusnya mencapai "ultimate goal" kita, iaitu melakukan kerja dgn lebih pantas, cekap dan efisyen.
Verdict? Dlm artikel tu, dia berpendapat golongan kedua akan mengalami pelbagai kelemahan. Mereka selalunya tidak dpt mencapai "ultimate goal" tadi. Kerana apa? Kerana selalunya cara2 baru pasti lebih baik dari cara2 lama. Ya, memang kadangkala tidak begitu, tapi golongan performance oriented tidak akan sampai kepada resolusi ini. Kerana mereka tak pernah nak mencuba cara2 baru langsung! Hasilnya mereka tak akan tahu cara paling optimal utk melakukan sesuatu kerja. Selain itu mereka juga kerap didapati cuba memperlekehkan cara2 baru, atas sebab terlalu yakin dgn cara yg mereka sedia tahu, dan takut dgn hakikat bahawa cara baru itu ada kemungkinannya lebih baik, lalu mereka akan terpaksa mempelajarinya. Artikel asal lebih berkaitan dengan bidang pengaturcaraan (thats why I read it in the first time :), tapi sebenarnya dpt juga dikaitkan secara umum dgn bidang lain. For me, this explains why someone become so reluctant to switch from procedural programming to OOP, and also explains numerous matters involving leaning of new things. It's a really good aticle I think.. Artikel asal ada sini: http://www.labri.fr/Perso/~strandh/Teaching/Langages-Enchasses/Common/Strandh-Tutorial/psychology.html. Somebody in ittutor, i forgot who, provided the link. I've saved the article locally, and has been burried in my D:\_DOCS for ages...

4 Comments:

At 11/30/2004 09:22:00 am, Anonymous Anonymous said...

1. Aku tertanya pada diri aku, manusia jenis apakah aku ini.
2. Aku berpendapat ada orang yang relaxs-oriented. Mereka tidak suka kerja. Mereka akan cuba mengelak kerja sebaik mungkin.

 
At 11/30/2004 09:27:00 am, Blogger Ikhwan Hayat said...

hehehe.. aku rasa aku Perfection Oriented.. woohooo..

 
At 11/30/2004 11:38:00 am, Anonymous Anonymous said...

aku mengakui aku tergolong dalam Performance Oriented tapi sejak kebelakangan ni aku cuba mengolongkan diri dalam kelompok perfection oriented ... yea! kita geng!

 
At 12/16/2004 12:17:00 pm, Blogger CJ Housewife said...

aku rase aku dedua...kekdg aku igin mencapai perfection dan kekdg aku nk capai performance...tp dr awal lg..aku capai performance dulu...bile ade kelapangan aku akan capai perfection...aku tau keinginan aku..anyway, u deserve what u wanna be...i'm on my way.... think forward...forward..
harap2 tak lost in the wrong way....huh...ape nk jadi ngan aku...motivasi semakin berkurangan sejak kebelakangan ni....:(

 

Post a Comment

<< Home