This blog has moved to http://ikhwanhayat.net

Monday, December 13, 2004

Yay, Dah Sangkut!

Dulu masa aku handle cakarharimau.com aku pelik kenapa Google tak listkan site tu. Rupa2nya Google listkan site berdasarkan teks yg ada dlm site tu. Aku tak letak perkataan "cakarharimau", aku cuma guna imej pada banner sebagai tajuk. Pasal tu la tak ada. Site ni pulak aku pelik, kenapa la tak dapat ditangkap oleh Google jugak, walaupun aku dah letak "anti-keseronokan" kat bawah nun. Aku agak sebab letak teks tu kat bahagian bawah jadi Google dgn bijaknya menaakul bahawa perkataan itu tidak penting. Aku pun cuba letak kat atas nun, sekali dgn random quotes. Dan usaha aku dah berjaya. Yay. Cubalah: http://www.google.com/search?q=anti-keseronokan Post-Scriptum - Oh rupanya Dr Max kakak Mat Jan. Best baca jurnal dia, rugi aku tak tahu awal2. - Aku rasa sesak jantung la sekarang. Bahaya ni, sebab banyak kolesterol kot. Sekarang aku nak amalkan naik tanggalah, tanak pakai lif. Tapi tingkat 8, emmm? Tiap2 hari? Emmm.. Tapi naik lif pun ok aku rasa. Aku joging2 la sikit dalam lif tuh. Boleh lah..

6 Comments:

At 12/15/2004 02:11:00 am, Anonymous Anonymous said...

alo ikhwan. aku ni... wahh cerita org berkerjaya.. bagus ahhh.. tak sangka masa berlalu kekadang terlalu laju keke... dari MHS sampai skrang.. akhirnya korang dah tinggalkan suasana kampus.. bagus2..

so aku doakan ko berjaya.. buat yg terbaik !
senang2 kontek aku

-duan-
south ken, london

 
At 12/15/2004 04:09:00 am, Anonymous Anonymous said...

ehh tambah skit.. eh bukan semua search engine just carik words yg kita listkan dlm tag meta?? cuba tgk !


- duan -

 
At 12/15/2004 09:05:00 am, Blogger Ikhwan Hayat said...

yo brader.. sampai jugak org London ni ke sini ye :) selamat datang..

ada search engine yg cari kat meta tag je, mcm google ni tak, dia carik dlm content sekali..

hehe, aku doakan ko berjaya jugak..
selamat membaca paper, *belajar* rajin2.. :D

 
At 12/16/2004 11:32:00 am, Blogger CJ Housewife said...

eh..bkn ke ko memang dah berisi??hehee..dok makan open house je..okla tu, bru 8 tingkat je...takla jauh sgt...takpon petang2 ko g la bersenam ke..hehehe....budak gemok..hahahhahahhaha:P

 
At 12/16/2004 11:41:00 am, Blogger Ikhwan Hayat said...

Cis... *mengambil pisau di dapur dan menuju ke bilik air*

- petikan scene dari filem Buli :D

 
At 12/29/2004 02:17:00 pm, Blogger Ikhwan Hayat said...

aik, dah tak boleh pulak.. apa ni Google, sekejap boleh sekejap tak?! jgn la buat mcm ni Google ku sayang..

 

Post a Comment

<< Home