anti-keseronokan (old)
Fun Stuff for Anti-Fun People
Wednesday, March 23, 2005
Aku Cuma Mahu...
Aku mahu miliki kereta sport. Warna hitam kejam, ada rim cantik berkilat, dan spoiler garang custom made ribuan ringgit. Aku mahu pergi mengembara, menjelajah seluruh dunia. Tidur dibawah bumbung2 yg asing, dan makan makanan2 yg pelik. Aku mahu perempuan cantik, berkulit putih melepak. Buat teman siang dan malam. Biar hidup tak sepi lagi, dan aku jadi lelaki sejati. Betul ke? Betul itu yang aku mahu?? Sekarang, aku cuma mahu sebuah meja besar dan kerusi empuk. Untuk aku letakkan komputer di atas meja itu, dan letakkan punggung di atas kerusi, dan jari2ku nanti boleh menari berjam2 tanpa henti. postscriptum - Argh, bilalah nak pergi beli meja ni! Aku rasa sungguh tak produktif kalau tak ada meja.

4 Comments:
mana ko dapat petua buat kerja sambil baring boleh kena bisul? khurafat betul lah..
dapat gaji aku mau beli meja.. yeah!
heheh...aku ade meja kat umah..nak tak???aku plan nk beli tv...waa....gaji...cepat la masukk...
tak nak lah.. meja ko dah buruk..
aku nak beli meja baru berkilat2.. yeyeh..
eleh...kerek plak...mane ko tau meja aku buruk...bru lg ape...wehh..beli meja yg cantik n cun laa..janji tahan lama...bole gune smpi ke anak cucu...
Post a Comment
<< Home