This blog has moved to http://ikhwanhayat.net

Monday, July 25, 2005

Ni Masak Ke Apa Ni?

Ya para penonton sekalian, bersama kita sekali lagi dlm rancangan "Ni Masak Ke Apa Ni?" bersama saya Chef 1. Pada hari ini, menu istimewa kita ialah "Sardines in Tomato Ketchup". Wah, sungguh London sekali namanya. Tak sabar2 pula rasa hati nak tengok rupanya pula mcm mana. Ok lah, tanpa melengahkan masa lagi, mari kita mulakan! Haaa, inilah mangsa utama kita hari ini. Satu tin ikan sardin ya. Sardin ini kalau boleh biarlah segar ya. Cuba lihat di situ ada tulisan "New", ini bermakna sardin ni baru je saya beli tadi kat supermarket Giant. Tengok mata ikan tu, masih segar dan tidak merah ya. Ini maksudnya ikan sardin ni bangun pagi dalam keadaan segar dan cukup tidurnya. Jangan cari sardin yang tak cukup tidur pulak ya, nanti tak sempat pula dia gosok gigi sebelum masuk ke dalam tin ni. Ok, seterusnya puan2, kita kena lah bukak dulu tin ni ye. Tak kan lah nak masukkan sekali dalam kuali mcm ni je. Logam dan cat dari tin ni boleh merosakkan gigi kita dan seterusnya mencacatkan rektum dan saluran penghadaman kita ya. Ok, oleh sebab kita tak dapat carik sponsor utk can opener, kita kena la buka pakai pisau je lah ye. Sebenarnya agak merbahaya juga ni, jadi kita kena hati2 supaya tak mencederakan ikan di dalam tin tu ye. Kalau dah cedera nanti kena pula sapu iodin dan letak plaster pada ikan ni. Tak sedap pula masakan kita ni nanti. Ok, nampaknya hebat juga saya membuka tin ni. Agak kemas dan halus hasil kerja tangan saya ni ya. Pisau tu sebenarnya saja je saya lumurkan over2 acting sikit dengan jus tomato dari tin tu ya. Alah supaya nampak sadis sikit. Ia lah, orang nak masuk tiwi la katakan. Ok, bila semuanya dan sedia, kita panaskan kuali dan masukkan terus sardin ni ke dalamnya. Apa? Tak tumis cili ke bawang putih ke bawang merah ke apa dulu? Cili terlupa beli pulak tadi. Bawang merah ada tapi malas nak kupas. Alah, apa salahnya sekali-sekala kita masukkan terus mcm ni ya.. Ada 3 potong rupanya ikan kita ni. Baguslah tu.. Satu utk hari ini, satu utk masa depan, dan satu lagi utk hari Kemerdekaan. Ok puan2, kita kacau2 sikit supaya nampak mcm tukang masak professional sikit. Dan api tu kena jagalah ya puan2. Biarlah sederhana besar, kira2 dalam 137 darjah celcius ya. Ok, sementara tu, kita bubuhkan sikit garam ke dalam masakan kita ni. Ye la, tak kan sardin mcm tu je kan? Letak la garam sikit. Tak ada la nampak teruk sangat rancangan kita ni. Eh, jangan letak sebungkus semua ya puan2. Beringatlah sedikit, garam banyak tak baik untuk kesihatan ya. Lagipun nanti jadi ikan masin pulak nanti. Salah tu ya, kalau nak buat ikan masin, kita kena keringkan dulu di bawah sinaran mentari selama beberapa hari. Garam ni letak sikit je la ye. Agak2 je la sesuka hati dan sesedap aroma. Ok.... Dah siap pun masakan kita ni. Ringkas, mudah, dan macam tak perlu je kan? Kalau baling je setin sardin tu tadi dalam api pun takpe, lagi senang kan? Tak payah basuh2 kuali. Buat susah2 je lah. Ok, masanya utk makan! Inilah segmen yg paling saya minat. Ehem, nasi tak ada pulak. Macam biasa kita tak dapat cari sponsor utk beras dan periuk nasi elektrik. Kita bantai dengan roti je lah ye. Sebelum ni pembantu saya dah sediakan sedikit kopi utk memudahkan esofagus kita melakukan proses peristalsis. Kalau dapat kita lihat di tepi ni ada sebungkus biskut Chipsmore ya sebagai pencuci mulut. Ada lagi ke dalam ni? Plastik je kot? Ok.... Mari menjamu selera... Ehemmm, terlebih masin rupanya kita. Ingat tu puan2, kalau nak letak garam tu gunakan lah sudu atau camca ya. Jangan la pakai masuk je, macam la terer sangat. Dan lain kali jangan lupa beli cili, dan janganlah malas2 nak kupas bawang. Ya lah, macam apa kata orang tu, "menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada bawangnya"... Ok, setakat tu saja rancangan kita pada minggu ni. Harap2 dapat kita bertemu lagi pada minggu hadapan. Baaaaaiiii... Tu tutuu tutu tutuuu.. tru tutu tutuu tuuutuuu.. **Lagu tema, disusuli dgn iklan DiGi HighSpeed Mobile Network**

29 Comments:

At 7/25/2005 11:35:00 pm, Anonymous Anonymous said...

macam sodap, goreng pun sodappp!!!

 
At 7/26/2005 09:00:00 am, Blogger hueylyn said...

wah rajinnya masak sardin!! for me, i just buka tin terus makan haha >:)

 
At 7/26/2005 09:07:00 am, Blogger Ikhwan Hayat said...

> macam sodap, goreng pun
> sodappp!!!
"macam" sedap, tapi tak sedap.. kalau letak cili baru sedap :)

> wah rajinnya masak sardin!! for
> me, i just buka tin terus makan
> haha >:)
for me, kalau tak masak rasa mcm mentah pulak.. so i like it better cooked.. cooked properly or not, itu lain cerita.. :D

 
At 7/26/2005 09:20:00 am, Blogger kitchenkidscoffee said...

beli tuna ayam brand la lain kali, yg ada cili..tu instant. ada bawang jgk rasanya plus cili..

 
At 7/26/2005 09:41:00 am, Blogger Ikhwan Hayat said...

haha, tak adventurous la mcm tu..

 
At 7/26/2005 12:20:00 pm, Blogger kitchenkidscoffee said...

"haha, tak adventurous la mcm tu..""

jgn jadi programer la, jadi indiana jones.

 
At 7/26/2005 02:25:00 pm, Blogger fuza said...

aku nk menyampuklah..betul cakap lilin tu..beli tuna ayam brand lg sedap..tak payah penat2 bukak tin pakai pisau lagi!! lepas tu letak sos cili..tak gitu lilin!!!

 
At 7/26/2005 04:45:00 pm, Blogger Ms Nurul said...

hahah u made my day betul la..
aku dah nak mati gelak2..
sardin letak garam eh? aku x penah buat, patut la sardin aku x sedap huhu..

 
At 7/26/2005 04:55:00 pm, Blogger Ikhwan Hayat said...

Masa beli sardin tu baru la teringat can opener takde. Nasib baik la ada pisau pengganti diri..

 
At 7/26/2005 04:56:00 pm, Blogger kitchenkidscoffee said...

ann: entah..setau aku dlm tin tu mmg dah masin. darah tggi budak ni nnti

 
At 7/26/2005 05:06:00 pm, Blogger Ikhwan Hayat said...

mmg la letak garam... abis tu tak kan nak letak gula?! actually aku pernah jugak sekali dulu aku letak gula.. gile manis rasa mcm aiskrim sardin.. sardin tin besar plak tu membazir betul :D

mana ada masin? aku dah campur air kena la tambah garam.. lepas tu air tu bertukar menjadi wap, tinggal la zarah2 garam tu dlm sardin.. wap air tu pula naik ke langit menjadi awan.. bila wap air dah byk, awan pun menjadi tepu dan turun sebagai hujan..
itulah kitaran air..

apalah korang duorang nih..

 
At 7/27/2005 09:13:00 am, Blogger kitchenkidscoffee said...

ooohh..mana aku tau chef1 dah tambah air, takde cerita pun. aku biasa tambah kicap je.

 
At 7/27/2005 09:14:00 am, Blogger CJ Housewife said...

first tgk post ni trus aku ckp "waa..sedapnye..." wpon aku tak bace post ko tuu...huhuhu...ntah sedap ke idak...

yg nmpak sedap tu pic yg last tu...siap ngan nes+roti+sardin...memang masyuukkk...mcm minum ptg je..:)

 
At 7/27/2005 09:22:00 am, Blogger Ikhwan Hayat said...

Aslilin: ya la, terlupa cerita tambah air tu..
tambah kicap? yg ni tak pernah dgr lagi..

Iza: Dont judge a book by its cover, dont judge sardines by its color..

(eh, alamak jadi pantun dua kerat la :)

 
At 7/27/2005 09:23:00 am, Blogger CJ Housewife said...

waa...brape byk kali sebut "ya" daa....mmg menjadi cm chef wan...kering tekak aku gelak...:D

 
At 7/27/2005 11:36:00 am, Blogger Ms Nurul said...

ya betul.. sardin+kicap=sedap!!
ada 1 crita psl sardin dan garam nie. mula2 dia letak garam, jadi masin.. pastuh metak gula nak bg neutral, jadi manis lak.. pastuh letak garam, masin balik and the rest korang tau la kan.. last2 xde rasa sardin tu huhu..

 
At 7/27/2005 11:38:00 am, Blogger Ms Nurul said...

metak=letak..

 
At 7/27/2005 11:41:00 am, Blogger Ikhwan Hayat said...

ohoo sardin letak kicap sedap ek? kena try nih..

glad that you guys enjoyed this entry ;D

 
At 7/27/2005 04:23:00 pm, Blogger CJ Housewife said...

korg penah masak or makan sardin masak kari?? aku penah dgr n penah rase kot...die gune ikan sardin yg dlm tin tp buat kuah kari...kire yg kuah tomato tu dah takde dah...best la gak...

aku ske mkn sardin yg letak bawang byk2...sedap mkn bawang..:P

 
At 7/27/2005 04:47:00 pm, Blogger kitchenkidscoffee said...

semua org enjoy makan!wahwahwah!

 
At 7/27/2005 05:13:00 pm, Blogger Ikhwan Hayat said...

Wuih letak kari pulak.. mcm2 cara org masak sardin ni ye..

Ada pulak yg masak kurma ke, rendang ke, atau deep fried and served with black pepper sauce pulak nanti..

 
At 7/27/2005 10:45:00 pm, Blogger Ikhwan Hayat said...

ah ijok, kalau datang sini mesti cakap pasal kahwin, pikat-memikat, awek pakwe, tunang-menunang, bekas kekasih lah apa lah..
sudah la kau ijok.. boring aku..

 
At 7/28/2005 09:40:00 am, Anonymous Anonymous said...

waduh, balik nanti aku nak singgah supermarket 'Gergasi', beli sardine. boleh aku try resipi "Sardines in Tomato Ketchup".

hmm, tapi lagi senang kalu aku terus ke rumah chef ni. boleh ke en. chef 1. boleh la.

 
At 7/28/2005 05:27:00 pm, Blogger Ikhwan Hayat said...

Aih, nak datang ke.. boleh apa salahnya...

Tapi jgn lupa bawa bahan2nya ya.. iaitu sardin, garam, roti, kopi, Chipsmore, mangkuk, sudu, kole, kuali, sudip, dapur gas dan gas memasak petronas..

Ok... jumpa anda di sanaaa.. baaaaaiii..

 
At 7/29/2005 09:31:00 am, Blogger CJ Housewife said...

laa...snang2 dtg umah aku je.buat kenduri kesyukuran atau gathering...aku masak utk korg..menu nye sardin masak kicap, sardin masak kari, sardin masak cili padi, air sardin bersos cili, dan pencuci mulut sandwich sardin berkuah sos thousand island...meh la...:P

 
At 7/29/2005 12:10:00 pm, Anonymous Anonymous said...

chef ni betul kena 100% sponsor la ...

iza, kalo ko dah ckp camtu ... elok lah tu ... tapi aku rasa ko post jer la menu sardin2 sbb aku rasa aku tak dpt pergi la rumah ko ... aku segan la :D

 
At 7/29/2005 12:11:00 pm, Anonymous Anonymous said...

iza, ko post pakai curier lagi baik aku rasa

 
At 7/29/2005 05:26:00 pm, Blogger CJ Housewife said...

hayyy...segan tak dpt la...amik bau je la yek..hehehhe:D

 
At 2/03/2007 04:12:00 pm, Anonymous Anonymous said...

Jadi inget ikan makarel he2...

 

Post a Comment

<< Home