anti-keseronokan (old)
Fun Stuff for Anti-Fun People
Thursday, August 11, 2005
Debu-debu Jerebu
Makin hari makin teruk pulak jerebu ni. Asapnya makin tebal. Kalau minggu lepas rasa macam ada jiran bakar sampah sebelah rumah, hari ni pulak rasa macam ada rumah jiran terbakar. Tanah kelahiran aku Kuala Selangor dah capai tahap Indeks Pencemaran Udara yg paling tinggi. Keluarga aku kat kampung nampaknya sihat, cuma adik aku sorang tu pedih2 mata. Harap kawan2 dan jiran2 lain pun sihat shj hendaknya. Tapi rasa mcm bangga pun ada jugak sebab nama Kuala Selangor dah terpampang di dada akhbar di dalam dan luar negara, sama ada online ataupun offline. Yg susah bila jerebu ni ialah penunggang2 motorsikal tegar macam aku ni. AlhamduliLlah, setakat beberapa hari ni tak ada lagi apa2 masalah kesihatan, walaupun aku macam biasa la degil tak mau pakai penutup mulut (ke penutup hidung?). Aku sebenarnya ada beberapa tips supaya penunggang2 seperti kami senantiasa kekal anggun sungguhpun terpaksa menempuh jerebu sehari-harian.
- Utk mengelakkan penyakit2 respiratori (respiratory illness), kurangkan bernafas semasa menunggang motorsikal.
- Utk mengelakkan kerengsaan pada mata (eye irritation), tutuplah mata semasa menunggang motorsikal.
- Utk mengelakkan menunggang motorsikal, belilah kereta. Jika tidak mampu maka gunakan shj kemudahan pengangkutan awam yg ada seperti bas, monorel, beca, feri, bot tambang, atau kereta kabel.
- Tungganglah dgn laju supaya partikel2 jerebu tidak berkesempatan utk masuk ke dlm hidung.
- Banyakkan minum air sebelum, semasa, dan selepas menunggang motorsikal.
- Kurangkan aktiviti menunggang motorsikal di luar rumah.
- Amalkan gaya hidup sihat. Amalkan tabiat pemakanan yg baik, selalu bersenam, dan jauhi hubungan kelamin secara rambang.
- Jika anda memakai topi keledar, pastikan tali keselamatannya disemat dgn sempurna. Memakai topi keledar tanpa memasang talinya adalah sama bahaya dengan tidak memakai topi langsung. Kau tak tengok iklan buah tembikai pakai topi keledar kat TV ke?!

8 Comments:
ye ye jek aku bace cite ko ni..mesej penuh lawak tul...tp ade yg btul...masa menunggang moto,aku pon lbh kurang lakukan spt ape yg ko cdgkan...tp takla yg cerita merapu2 tu..tp ari ni aku bwk kete, taktahan plak mkn asap beracun ni.jeberu tol...nasib baik tak jem jalan...huhuh:P
p/s:ko dtg tak jamuan aku buat ahad ni.jemput kengkawan ko ekk...mus kata nk dtg...jemput ekk...:)
lepas ikut petua-petua tu, gerenti lepas ni tak naik motor lagi dah. Hahahaha
iza: ko ada buat ke? buat yg mana? yg nombor 2 ke?
ijok: tak kan semangkuk je kot? alang2 kembang biar kembang seperiuk..
mypapit: mmg betul tuh :D gerenti puas hati..
nampaknya jerebu kat kwsn sini dah takde.. baguslah tu..
sekarang kat bhgn utara pulak yg kena, nampaknya berpeluanglah org2 kat sana cuba tips2 nih..
aku rasa tips ko ni boleh dibuat iklan..cara mcm ni dipanggil reverse psychology ;P
jerebu dah balik indon lah..tak de kat sini dah!
jerebu nak datang balik?
p.s: hai, spam lagi..
weh...tuan punya blog..apasal..maleh nak menaip lagi?? aku sebagai pembaca setia..sentiasa menantikan catatan blog ko yg baru..
alamak, sorry la cik anonymous.. entah kenapa akhir2 ni takde mood nak tulis :(
Post a Comment
<< Home