anti-keseronokan (old)
Fun Stuff for Anti-Fun People
This blog has moved to http://ikhwanhayat.net
Wednesday, October 19, 2005
YAGNI
YAGNI adalah akronim You Aren't Gonna Need It. Ia sebenarnya satu praktis dlm Extreme Programming yg maksudnya:
"Always implement things when you actually need them, never when you just foresee that you need them"Aku cuba gunakan cara ni sekarang dlm kehidupan development seharian. Nampaknya ada kesan positif. Sebelum ni aku terlalu risau pasal future requirement. Kalau boleh nak cater semua keadaan, dgn harapan kerja akan lebih mudah nanti. Rupanya cara ni tak betul. Apa yg aku rasa aku perlukan nanti tu kadang2 tak diperlukan pun. Jadi masa terbazir utk sesuatu yg tak perlu. Hidup pun lebih gembira. Tak adalah fikir banyak sangat. Tapi hati2 juga. Kena pastikan code kita masih flexible, dan tak terlalu susah utk diubah nanti. Dulu aku takut dgn perubahan. Sekarang aku faham perubahan akan tetap muncul. Yang penting minimakan kesusahan utk laksanakan perubahan tu. Sikit demi sikit aku tengah kutip ilmu Agile methodologies ni. Setakat ni aku nampak byk benda yg mengujakan. Dan yang menariknya, rupa2nya konsep YAGNI ni juga boleh diamalkan di tempat lain. Contoh, dulu kalau aku beli sampul surat aku akan beli lebih. Takut kalau2 nak pakai nanti senang. Tapi sekarang, kalau ada perasaan mcm tu aku akan menjerit, "Hey, YAGNI!" secara mendadak. Dan aku pun berlalu dgn syiling lebih di poketku. Lagipun kalau betul aku nak guna nanti bukan susah pun. Dgn motor aku yg hebat tu aku dpt rempit dgn sekelip mata je (tutup lama sikit) ke pasar raya berhampiran.

4 Comments:
hehe, metafora yang menarik
Pada pendapat saya, YAGNI ni amat sesuai utk digunakan dlm sw dev, senang2 dlm 80% keadaan. Antara kelebihannya ialah menjimatkan masa dev. Antara kelemahannya ialah sakit jika kita tak rajin lakukan refactoring selepas satu iteration siap.
Baki 20% yg mana ia kurang sesuai ialah spt dev utk utility lib/classes dan utk core module dlm team yg besar yg mana ramai dev lain akan guna core module tu.
Pendapat saya je.
:D hmm..pasni hang bolehlah menulis buku pulak mcm mana aplikasi dalam devlpmnt blh digunakn dlm kehidupan normal..
sblm tu biar aku tulis sanjungan dulu:
"Saya pasti buku ini akan laris!"
Aslilin
Pengarah Syarikat XX
Mypapit: hehe..
Hamdi: apa2 pendapat bro hamdi adalah satu pseudo-rule bagi saya :)
Aslilin: nanti kehidupan normal jadi kehidupan paranormal nanti.
Post a Comment
<< Home