This blog has moved to http://ikhwanhayat.net

Wednesday, November 09, 2005

Pasca-Raya 1426

Dan cuti raya pun berakhir... It feels so good to put these fingers back on the keyboard again. "Hari raya tahun ini disambut dgn sederhana di seluruh negara", kata pemberita Buletin Utama tu. Apa hal pulak, macam mana ko boleh tahu seluruh negara sambut sederhana, ko ada buat survey ke apa? Yang aku tahu, ada orang buat baju melayu 3 pasang tahun ni ;) Untuk aku, raya tahun ni ada lain sikit. Tahun ni tak anyam ketupat, buat ketupat plastik je. Skill menganyam ketupat yg boleh dibanggakan itu nampaknya tak dapat la aku pertontonkan tahun ni. Makin lupa la aku, dah la setahun sekali je buat, tahun ni skip pulak. Tahun ni bapak aku tak beli mercun. Selalu dia beli. Aku susah sikit nak beli2 mercun ni. "Buang duit je", kata aku di dalam hati. Kenapa entah tahun ni mak aku melarang keras beli mercun. Pasang pelita pun tak. Aku rasa orang tua aku tengah budget kot. Kitorang pun orang miskin, tak layak la nak sambut mewah2. Kuih tak pernah beli, buat sendiri je. Sofa tak pernah bertukar, tukar sarung je. Karpet pun dua tahun lepas punya rasanya. Kalau korang datang rumah aku takde la makan sedap2, air pun takde jenis berkarbonat punya. Yang ada ialah air perisa manggo. Cuma yang paling sedap ialah bahulu gulung yg mak aku buat. Memang tip-top 1st class kesedapannya. Memang mak aku terer buat bahulu gulung. Tiap tahun dia buat. Aku pun terer gak. Terer gulung, dan terer makan. Rasanya mak aku buat banyak jugak tahun ni, tapi tengok2 dah abis plak. Dapat bawak 1 gulung je dtg KL. Di saat aku menulis ni, bahulu tu dah tinggal separuh, dan bakal dikhatamkan sebentar lagi. Tahun ni nampaknya sempat beraya ke beberapa rumah yg tak pernah pergi lagi. Rumah Apis, sebab baru siap rumah baru. Rumah Su, kawan lama yg baru kenal balik. Rumah Zul aka Ondek, sebab.. sebab apa ntah? Aku mmg nak pergi rumah dia ni tapi tak sampai2. AlhamdulliLlah, tahun ni sampai gak. Lain2 tu rumah piawai la, tiap2 tahun pun akan dikunjungi oleh aku dgn kawan2 seperayaan aku; Mamat dgn Mus. Diorang je tak pernah2 datang rumah aku. Mentang2 rumah aku tak ada air berkarbonat. Seronok dapat borak2 dgn kawan lama, borak cerita2 lama. Antara cerita yg sempat diperdebatkan ialah cerita babi tunggal belaan dibelakang rumah Kurik yg diberi nama manja Boboy, cerita cikgu yang main judi, cerita perbuatan seorang kawan me"ranjau" (aku baru tahu perkataan ni) bbrp kawan lain yg alpa sehingga dirotan oleh cikgu yang main judi, cerita tentang cikgu garang yg perasan ingat org tuju mercun kat rumah dia (tapi dia tak main judi kot), cerita tentang cerita2 Tamil (paddayappa!) yang menarik ditonton, dan cerita tentang anak Puan Jariah berbangsa Banjar yang putih melepak dan manis dipandang mata. Yeah, sangat menarik cerita2 itu, tapi jaga2, tak semuanya betul. Tapi raya ni aku demam selsema, jadi tak dapat la ziarah banyak2. Nak pergi rumah kawan aku Amir yg baru dapat anak pun tak sempat gak. Lagipun aku selsema, nanti jangkit kat anak dia pulak (alasan je, aku malu la nak datang sorang2, lagipun aku tak pandai datang2 tengok bayi ni). Btw, tahniah la pada dia. Anak sulung tu. Aku doakan anak dia jadi anak yang bijak dan soleh/solehah (aku lupa tanya jantina dia). Adik2 aku dah makin besar. Sekali-sekala cuti panjang duduk rumah mcm ni baru la dapat tengok perbezaannya. Adik aku yang lepas PMR yang badannya lagi besar dari aku tu rajin pergi masjid. Siap pergi qiamullail malam2 Ramadhan tu. Abangnya pulak kat rumah naumullail. Memalukan... Adik aku lagi sorang dah gatal nak berteman. Belajar jangan lupa dik oi! Adik aku yg paling kecik dah pandai buat lawak guna ayat2 karangan. Ada bakat jadi penulis la agaknya. Kebelakangan ni aku rasa mcm byk betul benda yg aku aku masih bodoh lagi. Mungkin sebab hari "itu" dah nak dekat kot. Terjumpa pulak satu buku lama masa study dulu; "Software Engineering, A practitioner's approach". Malam2 raya baca la sikit sambil2 menonton cerita Buli dan Ong Bak. Rupanya ada cerita OO Analysis dan OO Design dlm tu (err, dalam buku tu, bukan dlm Buli atau Ong Bak). Menarik, tapi mcm biasa la, aku baca separuh faham. Antara yang aku ingat: - "Analysis" ialah proses memahami masalah yg ingin diselesaikan. Memahami user requirement. Tumpukan pada memahami masalah, jgn fikir pasal code. - "Design" ialah proses membina penyelesaian. Ia adalah blueprint kepada code. - Domain analysis mengkaji features yg sama utk sesuatu domain (betul ke?). Hasilnya kita boleh dapat "domain objects" atau "design pattern" yg boleh digunakan berulang2 dlm masalah yg hampir serupa. - Mamat 3 orang yg buat UML tu ialah Booch, Rumbaugh dan Jacobson. Demmit susah betul aku nak ingat. - Siyut la, nak fahamkan Analysis/Design ni kena ada pengalaman byk. Leceh betul la. Eh, alamak, back to cerita raya. Lagu raya EON berkumandang kembali, dgn nyanyian oleh Mawi dan rakan2. Lagu raya favourite aku tu. Bukan sebab Mawi! Sebab mmg aku suka lagu tu. Lagi satu yang aku suka ialah lagu.. apa tajuknya, aku lupa.. yg berbunyi: "Manusia miskin kaya semuanya bergembira, aku miskin hina, berselubung duka". Sebab lagu ni menyayukan hati. Lepas tu lagu ni macam bongok sikit. Kenapa dia nak berduka pulak? Sebab dia miskin? Apa hal plak, kan dia kata miskin kaya semua bergembira? Atau mungkin sebab dia hina? Yaa.. aku rasa itulah sebabnya. Sebab dia hina... Apa lagi ye? Itu je lah cerita raya aku tahun ni. Cuti panjang dah habis, esok bertimbun la kerja aku kena siapkan. Lepas raya aset dan kekayaan aku nampaknya sangat banyak berkurangan. Lambat betul la nak hari gaji ni..

13 Comments:

At 11/10/2005 09:46:00 am, Blogger Ikhwan Hayat said...

Ya, Al-Fatihah. Mak Shamsul meninggal beberapa hari sebelum raya. Kesian, kena kanser..

Aku cerita rumah yg tak pernah beraya lagi laa.. Rumah Lisa tu hampir tiap2 tahun pergi..

Tapi rumah ko ada kek yg sedap dan beraneka jenis.. Ada gula2 yg boleh dikocek pulak tu..

 
At 11/10/2005 10:35:00 am, Blogger fuza said...

cerita kuih yg dah habis buat aper..tak pernah dngr bahulu gulung..tulislah resepi..kata terrer..rumah aku air berkabonat sbb malas nk bancuh air manggo.

 
At 11/10/2005 08:51:00 pm, Blogger Ikhwan Hayat said...

Cerita pasal kuih yg dah habis la best.. boleh la kasi korang terliur2 mengenangkan kesedapannya..

Bahulu gulung pun tak pernah dengar? Dia macam kek gulung apollo tu la.. atau mcm kek lapis.. tapi dia tak lapis, dia gulung.. cara nak buat ialah masakkan bahulu tu mcm kek tapi nipis je, lepas tu letak jem nenas buatan sendiri, lepas tu gulung.. lepas gulung tu boleh potong2, dia nampak cantik sebab ada bentuk spiral.. ya, mcm spiral win-win iaitu salah satu s/ware engineering method..

tu la, dah lama dah tak beli air berkarbonat utk raya kat rumah aku.. selalunya kalau tetamu nak air berkarbonat, aku akan bagi straw dia.. lepas tu boleh la dia tiup ke dalam air manggo tu.. bila atom2 karbon dari karbon dioksida hasil dari respirasi dia tu berpadu dgn atom2 hidrogen dlm air manggo tu, maka terbentuklah air berkarbonat! lazat!

 
At 11/11/2005 09:45:00 am, Blogger kitchenkidscoffee said...

naumullail tu apa?
ada2 je la ko ni..

rumah aku mmg xpenah anyam ketupat..guna plastik gak. sbbnya mak aku xtau dan secara otomatiknya aku lagila xtau..haha!

aku rasa seumur hidup cuma 2-3 kali je penah beli mercun/bunga api. tu pon susah nak dapat. lgpon aku mmg takut sikit dgn bunga api/mercun :P

 
At 11/11/2005 09:59:00 am, Blogger Ikhwan Hayat said...

"qiyam" tu 'bangun', "naum" tu 'tidur'.. "lail" tu 'malam'..

dalam azan subuh ada "as-solatu khairun mina an-naum", 'solat itu lebih baik dari tidur'.. maka kita menjawab, "sadaqta wa bararta", 'benarlah kamu dan kamu telah berbuat baik'..

 
At 11/11/2005 10:06:00 am, Anonymous Anonymous said...

bahulu gulung! mmg sedap ...

 
At 11/11/2005 10:27:00 am, Blogger fuza said...

waa..ilmu baru..naumullail = tido malam..

oo..bahulu gulung tu mcm kek gulung ler..tp tak le complicated mcm spiral win-win..

 
At 11/11/2005 10:57:00 am, Blogger Ikhwan Hayat said...

"naumullail" tu aku tak pasti betul ke grammar dia.. maklumlah, aku bahasa arab cukup2 makan je..
ke "niyamullail"?

cik akak yg reti qawa'id tu tolong la betulkan kalau salah..

aku ni mcm menggalakkan tidur malam je.. ohoho.. jgn la begitu, rajin2 la bangun malam, tak pun sebelum subuh tu bangun la awal sikit, solat tahajud 2 rakaat pun jadi la.. nasihat utk diri sendiri :P

 
At 11/15/2005 10:35:00 am, Blogger CJ Housewife said...

emm...ko pekabo wan.lame tak jenguk blog ko...aku mem'bz'kan diri..almakulum la....buat sistem yg ntahapahapantah...tggu je la kemunculannye berada dipasaran DBP..heheheh:p
(aku masuk blog ko sbb nk amik address website forum programming yg slalu ko g..hehehe:D)

err...Hepi Belated Besday ekk kat ko..smoge ko pjg umo, murah rezki, cepat2 la dpt joduh n bg duit raye kat aku...huhuh...jgn mare

emm...lastly, bile nk buat jenjalan raye2 mcm taun lps...ajak arr bebdk nih...adios amigos tebabosss..:D

 
At 11/15/2005 02:37:00 pm, Blogger cthurairah said...

niyamullail? boleh ke wazan naum ditukar kepada niyam?

 
At 11/15/2005 10:29:00 pm, Blogger Ikhwan Hayat said...

iza: oh, aku sihat.. thanks 4 visiting.. terima kasih, amiin harap2 makbul doa ko tu.. tapi yg part duit raya tu susah sikit lah..

cthurairah: kalau "qama" boleh jadi "qiyam", kenapa "nama" tak boleh jadi "niyam"? ini tidak adil!
ehehe, mcm mana ek? jadi "naumullail" yg betul la ek? elmaklumlah, bahasa arab ni ana tahu qalilan jiddan..

 
At 11/20/2005 04:10:00 pm, Anonymous Anonymous said...

air berkarboinat tu aper?cam pepsi mirinda ker?aku minum air gas jer..heheh..selamat hari raya...hutang kira bagi suit ray akat aku la ek..hehehe..bila mau jumpa?nak bayar hutang ko ni...

 
At 11/21/2005 09:16:00 am, Blogger Ikhwan Hayat said...

Oh, siapakah kau cik anonymous.. aku part time jadi along, byk sgt org hutang dgn aku, aku pun jadi keliru.. kang aku tersilap potong jari org kang susah..

 

Post a Comment

<< Home