
Dalam post yg lepas aku ada cerita pasal
font kegemaran. Dan sekarang aku sudah jumpa programming font kegemaran terbaru aku, iaitu
Coding Font Tobi 1 (apa punya nama la). Yang aku peroleh dari
Proggy Fonts. Selain Coding Font Tobi 1 ada juga font-font lain yang menarik yang lain mcm Proggy, Speed, Crisp dan Opti kat situ.
Sebenarnya apa yang aku cari pada sesuatu font tu? Ada beberapa kriteria, dan Coding Font Tobi 1 ada semuanya, tambah beberapa ciri yang menarik.
- Beza ketara antara i ('ai' kecil), I ('ai' besar), l ('el' kecil), dan 1 (satu).
- Beza ketara antara o ('oh' kecil), O ('oh' besar), dan 0 (sifar).
- Simbol-simbol 'puntuation' yang besar dan jelas ekor-ekornya mcm { [ ( , . ;
- Letter-spacing tak terlalu jarak atau terlalu dekat.
- Nampak anggun dalam saiz kecil. Aku suka kecil dan comel, sekilas pandang nampak semua.
- Masih nampak jelas walaupun anti-aliased.
- 'Underscore' tak bersambung bila letak 2 bersebelahan. Kalau tak nanti keliru sama ada 2 atau 3.
- 'Asterix' besar saiznya, dan vertically aligned at the middle. My comments looks awesomely sweet babeh!
- Masih cantik walaupun bold atau italic.
Cuma masalahnya aku rasa dia hanya nampak cantik dlm saiz 12pt shj, dan saiz dia tak byk. Bila select 14pt dia masih nampak macam 12pt. Bila gunakan dlm resolution yang besar nampak terlalu kecik pulak. Biasanya utk Courier New aku pakai 10pt. Saiz Coding Font Tobi 1 ni kalau 12pt kecil sikit dari 10pt Courier New. Kena la bagi masa sikit utk sesuaikan diri.
Tentang percubaan utk gunakan variable-width font utk programming tu nampaknya tak jalan lah. Bila tak pakai monospace aku rasa mcm hilang kawalan terhadap ruang. Tak pasti indention aku tu saiznya 2 space atau 4 space. Comment berterabur. Masalah utk bezakan variables. Aku dapat kegembiraan kecil bila tak sengaja terbuat variable mcm 'nextElement' dan 'prevElement'. Dah la sama panjang, ada kaitan pulak tu, seronoknya!
Disamping itu, screenshot kat atas tu menunjukkan persekitaran Visual Studio aku sekarang. Color scheme digubah mengikut theme
coffee utk Cream (satu clone GVim). Pada aku background kelam lebih sesuai untuk hari-hari yang panjang di pejabat.
Sampingan dari itu, code tu snippet dari my customization works untuk DataGrid. Setakat ni itulah ASP.NET custom control paling susah pernah aku buat :ph34r: :)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home