This blog has moved to http://ikhwanhayat.net

Wednesday, July 05, 2006

Minum Kopi Sakit Mata

Pesakit:
Wahai tuan doktor, saya ada masalah lah tuan doktor.
Doktor:
Ya, saya memang dapat rasakan kamu ada masalah. Sebab tu kamu datang jumpa saya.
Pesakit:
Tuan doktor, saya ini, setiap kali saya minum kopi, mata kiri saya akan berasa sakit. Sangat menghairankan tuan doktor! Apa gerangan penyakit ini wahai tuan doktor yang bijak laksana?
Doktor:
Lain kali, kalau minum kopi, keluarkan dulu sudunya dari cawan.
Ya, ini lawak lama. Setelah aku mendengar lawak ni, aku jadi paranoid bila minum kopi. Aku tak mahu keluarkan sudu dari mug. Nanti berkecah meja aku. Jadi, bila minum kopi, ibu jari akan aku letakkan pada sudu, menjadikan pegangan tangan aku pelik sedikit. Dan aku minum dgn berhati-hati. Kalau mata terkena sudu, masa minum kopi, tentu sungguh mengaibkan. Kalau jumpa doktor, tentu doktor akan ketawa terbahak-bahak sebelum membalut mata aku. Semasa membalut pun tangan dia akan terketar-ketar menahan gelak.

6 Comments:

At 7/05/2006 11:17:00 pm, Blogger libelly said...

hahah....funny man... have to think a while then only i got ur joke. low frequency:P pai seh pai seh

 
At 7/05/2006 11:35:00 pm, Blogger Ikhwan Hayat said...

itu dipanggil "lambat pick-up"
:D

 
At 7/06/2006 02:02:00 pm, Blogger asriey said...

pegang la dgn tangan kanan, ibu jari kepit la sudu tu..hehe

 
At 7/06/2006 04:00:00 pm, Blogger hueylyn said...

beli kopi from kantin/starbucks...problem solved ;)

 
At 7/06/2006 04:46:00 pm, Anonymous Anonymous said...

Berisiko tinggi. Aksi spt itu hanya blh dilakukan oleh orang yg berpengalaman shj. Org yg tiada skil dilarang sama sekali mencubanya. Kanak2 di bawah umur dikehendaki mendapat pengawasan dari ibu bapa.
-anak murid-

 
At 7/08/2006 10:56:00 am, Anonymous Anonymous said...

Ummmmm.... tak juga... tapi best hape minum kopi ngan sudu. Ekekes. Salam perkenalan.

 

Post a Comment

<< Home