anti-keseronokan (old)
Fun Stuff for Anti-Fun People
Friday, January 27, 2006
Edisi Orang Biasa 2005-01-27
Aku rasa lega hari ini, sebab esok sudah mula cuti yang panjang sempena Maal Hijrah, Tahun Baru Cina, dan Hari Wilayah. Oho, jarang ada cuti sederet macam ni. Sepanjang minggu ni aku rasa penat semacam, hampir hari-hari aku mengantuk kat ofis. Bos tengak tengok pun boleh lentok jugak. Nak kata tidur lambat tak jugak, macam biasa je. Entahlah, banyak benda dalam kepala kot. Cuti panjang mcm ni datang tepat pada masanya. Rumah aku hampir kena rompak minggu lepas. Perompak tu berjaya lepas gate, berjaya buka grill besi, tapi sangkut pada pintu kayu. Sangka aku pintu kayu tu lah yang paling senang lepas. Zaman hostel dulu bbrp kali jugak meng'hack' pintu mcm tu pakai prepaid card (atau credit card kalau kau kaya) bila terlupa bawak kunci. Mungkin ada orang nampak kot, maka sang pencuri lari. AlhamduliLlah. Pintu gate depan tu rupanya kalau tolak kuat sikit je dah terbuka rupanya. Selak dia pendek. Grill yg dimangga dgn Solex (yg clone of course) mcm mana tah dia buka. Mangga tu dah dia bawak lari. Sekarang aku dah pakaikan rantai kat gate dan tukar mangga baru. Rumah kitorang yang nampak macam miskin (memang miskin pun) diorang nak masuk jugak. Nampaknya kena la hias supaya nampak lebih miskin lagi. Korang ada guni beras lebih-lebih tak? Ada orang ajak aku keluar Sabtu esok. Tapi aku dah plan nak balik kampung. Sebenarnya balik kampung boleh tangguh, kampung aku 1 1/2 jam je perjalanan, bila-bila boleh balik. Aku pun memang terasa macam nak keluar jalan-jalan. Tapi kenapa entah aku tolak. Aku ni jenis bila dah plan tu aku malas nak ubah, walaupun boleh jugak kalau terpaksa. Memang bukan jenis sukakan perubahan? Mungkin cuma perubahan yg tak dirancang je kot? Atau mungkin cuma sebab aku ni terlampau anti-keseronokan. Sebab aku tak spontanious dan happy-go-lucky? Kadang-kadang aku tak suka dgn diri aku, dan fikir orang lain juga tak suka dgn aku. Akhir kata, aku ucapkan selamat menyambut Tahun Baru Hijriah utk saudara-saudara muslimin dan muslimat, dan selamat menyambut Tahun Baru Cina utk sahabat-sahabat yg menyambutnya. Dan tak lupa juga, selamat menyambut ulang tahun Wilayah utk orang-orang Wilayah Persekutuan. Orang tak wilayah tu diucapkan selamat bekerja dan padan muka tak dapat cuti :P

3 Comments:
"Orang tak wilayah tu diucapkan selamat bekerja dan padan muka tak dapat cuti" ==>kaka...jahat sangat org ni..
anyway, Selamat Tahun Baru Hijriah and happy CNY:D
ahaks! boleh tahan bahasa ko ni.. spontaneus de baguses. Tapi boleh kurangkan sikit tak? 1khz tinggi sangat la. 5hz bleh?
Nice blog!
libelly: gong xi fa cai.. iklan paling diingati CNY ni ialah... "wah sup, wah sup.. sing nien kwai ler.. ngo hai Yolanda.." hahaha.. (sorry for my awefull cantonese.. or is it mandarin? :)
marco: thanx.. 1kHz tu kira rendah la tu, orang sekarang sudah 3GHz.
ijok: oh, pakai sudu eh? oho, bilik ko no berapa ek? RAM ko DDR2 512 kan? ehem.. RAM aku mcm tak cukup ni.. >:-)
Post a Comment
<< Home