anti-keseronokan (old)
Fun Stuff for Anti-Fun People
Wednesday, July 26, 2006
Esofagus, Trakea, dan Kenikmatan Hidup Bersama Plankton
Hemmmm, dah lama tak blog. Tak ada mood lately. Ok, sebab tu, maybe hari ini kita boleh tulis satu entry yang agak menyeronokkan. Ya, cerita pasal benda-benda yang seronok dan menarik, seperti esofagus dan sebagainya. Ya, betul tu, mari bercerita pasal esofagus. Alang-alang kita cerita pasal esofagus ni, mari kita bercerita sekali tentang sahabat karibnya, iaitu trakea.
Anda semua tentu pernah terfikir bagaimana makanan boleh masuk dari mulut ke dalam perut kan? Tak pernah?! Jangan tipu, setiap manusia yang hidup di dunia ini tentu akan terfikir tentang perkara ni walaupun cuma sekali seumur hidup. Jawapannya mudah, iaitu melalui esofagus. Ya, esofagus ialah saluran dari mulut ke perut untuk membawa makanan, minuman, dan benda-benda lain yang anda masukkan ke mulut (dan hidung) untuk sampai ke perut.
Bagaimana pula dengan sahabat karib encik esofagus ni tadi, iaitu trakea? Trakea pula ialah saluran yang menyambungkan hidung (dan mulut) ke paru-paru. Ya, oksigen, karbon dioksida, nitrogen, dan gas-gas nadir yang lain dibawa ke peparu melalui trakea. Trakea sangat penting dlm satu proses yang kita semua tak berapa suka nak buat, tetapi terpaksa dilakukan setiap waktu, iaitu proses pernafasan. Bernafas memang kadang-kala boleh jadi agak membosankan. Kalau kita tak perlu bernafas tentu kita dapat hidup di dalam air, bersama ikan-ikan dan plankton.
Makanan (seperti ikan dan plankton, yang telah digoreng) dari mulut yg telah dikunyah akan digerakkan melalui esofagus dengan proses peristalsis. Proses ini melibatkan pengecutan dan pengembangan otot-otot esofagus, yang menolak makanan hingga sampai ke perut. Udara pula ditolak ke paru-paru... eh, bukan trakea yang menolak udara tersebut. Udara disedut dan dipam oleh paru-paru sendiri. Err, sebenarnya oleh diafragma yg terletak antara paru-paru dan perut. Tapi tak apalah, yg penting trakea itu tidak bergerak-gerak. Ia boleh diibaratkan seperti sebatang paip air, yang keras begitu sahaja. Esofagus juga seperti paip, tetapi paip getah yang lembut, dan boleh bergerak-gerak.
Tahukah anda, kalau anda tersedak, itu bukan disebabkan ada orang tersayang sedang menyebut-nyebut nama anda dari satu tempat yang jauh seperti kisah mitos yang selalu kita dengar, tapi sebenarnya disebabkan objek seperti makanan atau minuman yang anda masukkan ke dalam mulut itu cuba meboloskan dirinya ke dalam trakea. Ini adalah perbuatan terlarang. Maka badan secara automatik akan mentersedakkan dirinya, memaksa objek tadi masuk semula ke laluan yang benar dan diredhai, iaitu esofagus. Bayangkan kalau anda tidak tersedak, tentu apple pie (atau kuih lepat pisang, pilih mana anda suka) yang anda cuba masukkan ke dalam perut itu termasuk ke dalam paru-paru. Ini tentu tidak diingini, kerana ia akan membuatkan paru-paru anda berasa.. manis. Perasaan manis bukanlah situasi yang normal bagi paru-paru.
Ya, begitulah dia adik-adik, episod Alam dan Manusia untuk kali ini. Semoga kita semua dapat bersama Abang Dozo lagi pada minggu hadapan, atau bulan hadapan, atau mungkin juga tahun hadapan. Perkara macam ni bukan boleh dirancang-rancang.

2 Comments:
Menarik info ni. Di samping mudah faham dari gaya penceritaan yang menarik.
terima kasih cikgu... dan selamat datang.
Itulah, saya berharap entry ini dpt dimuatkan dlm buku-buku teks biologi utk silibus KBSR darjah tiga.
Post a Comment
<< Home