anti-keseronokan (old)
Fun Stuff for Anti-Fun People
Monday, February 27, 2006
Dada Pecah, Mata Tercabut, Tanya Malaikat
Aku selsema hari ini. Dan macam biasa dia datang satu package dgn demam, sakit kepala, dan batuk. Yang pelik, aku dapat agak aku akan sakit hujung minggu ni. Tak suka betul. Rasa dada nak pecah bila terbatuk, dan rasa mata nak tercabut dari soket bila tunduk. Mintak cuti tahun kat bos utk Isnin, tapi lewat request. Dia tegur, ikut polisi kompeni kena minta seminggu awal. Aku reply, "Sorry sir, I just think I need a rest." Minggu lepas minggu runsing untuk aku. Kerja tak banyak sangat. Tapi aku runsing. Soalan-soalan yang minta dijawab sebelum melintas jambatan, tapi kau hanya akan tahu betul tidaknya selepas kaki kau jejak ke seberang. Hidup kan memang selalu macam tu. Banyak soalan, tapi jawapannya datang kadang-kadang. Atau datang lewat. Mungkin cuma dapat terjawab di alam barzakh je nanti. Itu pun kalau malaikat-malaikat tu membenarkan kau bertanya. Ehm, kalau esok masih sakit lagi, aku pegi amik MC.

2 Comments:
mm agreed..when u think that u've found the answer, u realize that the question has changed and ur answer seems so irrelevant..life's like that..
jgn sampai fius kepale meletup pk jwpn...
sometimes,must leave it without any arguement
Post a Comment
<< Home