anti-keseronokan (old)
Fun Stuff for Anti-Fun People
Friday, February 17, 2006
When Life pwn You
Pagi-pagi aku beli sarapan. Kuih apa aku nama tak tahu. Warna kuning, isinya jem nenas. Selalu aku suka kuih ni, tapi ini pertama kali aku beli kat sini. Aku makan, tapi rasa tepung, yang tak masak. Cis. Jumpa benda bagus, aku nak tulis blog. Bukak blogger.com, tapi keluar page color biru yang bangsat tu. Sial, blogger dah kena block! Tak guna punya WebMarshal. Arrrgh, depression... Lepas ni aku tak boleh tulis blog dari ofis lagi, dan tak boleh reply jugak. Cis. Tengah hari, solat Jumaat. Pergi makan tempat selalu. Biasa aku makan sedap, tapi hari ni kenapa aku rasa tak best je. Lepas tu kena mahal pulak tu, biasa rasanya tak mcm ni. Habis makan terus solat. Dah nak selesai solat baru aku teringat, aku tak bayar lagi utk makan tadi. Habis solat terus aku pergi bayar. Boleh pulak tak cakap apa2 dgn abang tu. Habis la lepas ni kang dia mesti dah semacam dgn aku. Bahaya, aku suka makan sini, kang dia saje cas mahal dgn aku habis la. Cis. Hari dah nak habis, tapi aku masih blur nak buat apa. Sebelum ni aku buat ProjectA, tapi ada benda urgent kena buat utk ProjectB. Jadi sepanjang minggu aku siapkan ProjectB tu. Hari ni baru aku nak buat balik ProjectA. Tapi aku jadi lost. Sekejap2 tersilap buka folder. Sekejap2 tersilap buka database. Kerja campur2 mcm ni membuatkan aku susah nak tune in. Byk masa hilang sia2. Cis. Balik kerja, bukak PC. Run Command & Conquer General. Pilih map byk duit. Brutal enemy 3 orang rasanya cukuplah utk dibelasah the life out of them. And I did. I killed every living pixels on the screen. I dominate them suckas. All their base are belong to me. We are victorious. When life pwn me, I pwn 'em back. w00t!

10 Comments:
cayala..suka gak main C&C Genaral..huhuhu cayokk!!
hhehe.. baru nak main betul2.. dulu PC lama graphic tak power, install General lembab giler.. nak jln 2cm pun amik 2 minit, apa barang..
wahh.. ni dah tahap dewa dah ni.
siap menang jer walaupun lawan yang brutal.
wah wah
kuih apa tu ada inti jem nanas, setau aku kuih tat je ade menda tu.. ke ko salah mendefine inti dia..
uih, brutal enemy sampai 3 org, cayalah
tulis blog pakai emel pun boleh gak...ko check la option yg ader kat dalam tuh....
korang ni puji ke sarcasm :D
rilek ah, aku baru je nak main. main game ni release tension, jadi aku main kalau boleh biar menang je.. i'll cheat if i have to, janji total world domination.
penat la nak berusaha2 kat sini, kat dunia betul dah penat berusaha..
kalau boleh betul2 boleh ada inferno cannon, and torch buildings with napalm.. ohoho, best tuh.
cik anonymous, bukan kuih tat la. Kuih tu selalu kat pasar jual kat gerai apam balik. Bentuknya selinder dgn ketinggian lebih kurang 2cm.
Kat klang, dekat dgn stesen bas, di satu jalan yg gelap, sunyi, dan menakutkan, ada satu gerai apam balik jual benda ni.. uuuuh, sedap betul betul abang tu buat.. Saya sangat suka.
amin: mmg boleh. tapi hantar pakai email office, disclaimer2 kat bawah email tu kang termasuk sekali.. gmail tak boleh bukak jugak kat sini :(
malangnya hidup ku :(
apply free shell account kat rootshell.be. ssh kat situ running on port 443, so boleh buat tunnel daripada office ke mana-mana website yang kena block. harap2 443 tak kena block. masa apply kt rootshell.be, cakap jer reason ko nak shell tu sebab nak buat tunnel dari office. be honest ... :)
oho, rootshell.be ..rasa mcm pernah bukak site ni kat ofis dulu (dan rasanya kena block), lupa pulak nak try siang tadi..
thanks k4ml.
Tulis email melalui blog? tak boleh rasanya..
kalau nak tulis blog melalui email tengok sini:
http://help.blogger.com/bin/answer.py?answer=135&topic=38
eh, thanks nailofar, rupanya boleh letak #end to mark the of entry. there's hope for me to send entry from office after all..
Post a Comment
<< Home