anti-keseronokan (old)
Fun Stuff for Anti-Fun People
Thursday, March 09, 2006
Jumaat Yang Khamis
Hari ini Jumaat. Sampai sahaja ke parking ofis, seorang kawan menegur aku, dgn soalan yang ringkas, tapi menggetarkan perasaan,
"Kenapa kau pakai baju Melayu hari ni?".
Sebab kan hari ini Jumaat?
"Hari ni Khamis lah", ayat dia yang seterusnya ni macam menggugurkan jantung aku yg sedang berdegup kencang.
Hari ini BUKAN Jumaat, hari ini Khamis! Ya, apa yang aku khuatiri selama ini telah berlaku.
Lepas selesai berasa malu, dan ketawa yg aku buat-buat tu pun dah aku hentikan, maka bergegas aku balik ke rumah untuk menukar baju. Tindakan itu menyebabkan aku lewat masuk ofis setengah jam hari itu. Aku keliru. Aku tak rasa itu tindakan yang bijak. Tapi kalau pergi sahaja dan tebalkan muka menadah gelak tawa dan sengih orang sekeliling, mampukah aku?
Masalahnya kat sini ialah bukan sebab aku ingat hari ni hari Jumaat, tapi sebab aku ingat semalam hari Khamis. Maknanya aku dah lupa hari dari semalam lagi! Semalam aku tulis tarikh utk hari Khamis, dan buat kerja utk hari Khamis. Ada janji dgn kawan utk hantar sesuautu pada dia hari Khamis, dan aku lakukannya malam tadi.
Apa nak jadi. Berapa Jumaat lagi agaknya aku?

7 Comments:
Perkara biasa.. sindrom penuaan..
haha...funny, funny because of the way u describe! nowonder you are late today. don't worry i wont tell anyone:P
Actually, I'm also worries bout this sometimes. Ya la when you arrived at LRT sometimes and you noticed that nobody's wearing baju melayu, suddenly you tought that it's not Friday... huhuh... but till now, I'm still lucky la. Always wore baju melayu on Jumaat only... :P
haha, aku igt masa sekolah menengah dulu ada 2-3 kali dlm 1 setahun aku akn pegi sekolah hari cuti..smpi sekolah, gate tutup. balik jela..xdela teruk sangat rasanya..
cik anonymous: hehe, my brain cells dying in accellerated mode this week.
libelly: keep it between us okay ;)
beexan: yeah, same with me, but seems that day was just not my lucky day.
aslilin: wahahah. kau lagi teruk! suka sangat pergi sekolah kot, cuti pun nak datang :D (p.s: long time no blog?)
slipped my mind, manusia..
erk, sebab..
sebab, sebab, sebab..
kat site xde internet. sudah cut off...
seronok tergelak di pagi hari... ;D
Post a Comment
<< Home